1. Doa wanita lebih makbul daripada  lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika  ditanya kepada Rasulullah S.A.W. akan hal tersebut, jawab baginda: “Ibu  lebih penyayang daripada bapak dan doa orang yang penyayang tidak akan  sia-sia.”
2. Wanita yang salehah (baik) itu lebih baik daripada 70 orang lelaki yang soleh.
3. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya  seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah S.W.T. dan  orang yang takut akan Allah S.W.T. akan diharamkan api neraka ke atas  tubuhnya.
4. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan  anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barang siapa yang menyukakan  anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail A.S.
5. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah S.A.W.) di dalam syurga.
6. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara  perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia  bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan  penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.
7. Daripada Aisyah r.a. “Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka  mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.
8. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
9. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.
10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup  pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari  mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
11. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di  udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar  baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan direkannya (serta  menjaga sembahyang dan puasanya).
12. Aisyah r.a. berkata “Aku bertanya kepada Rasulullah S.A.W., siapakah ang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab baginda, “Suaminya.” “Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah S.A.W.”Ibunya.”

Bila Wanita UMNO, Puteri UMNO doakan agar kita beroleh rahmat – apakah ianya akan dijawab oleh Allah SWT. Sudahlah mak cik tua tak bertudung yang aminkan. Apa pulak nilainya doa ini?

Terima kasih banyak kerana doakan kita. Kita terima kasih banyak. Namun kita TAK AKAN tarik balik doa JAHANAM kita. Mungkin kita akan UP kan doa….supaya UMNO bukan sahaja ditimpa JAHANAM…malah ditimpa LAKNAT. Moh kita ramai-ramai. AMINNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNN.

Advertisements