Nokhorom betul. Minggu ni jalan akan jadi jammed luar biasa. Kebetulan orang rumah ada kursus di Seri Pacific. Naik menyampah tengok muka mak cik tua tak bertudung dekat area sini. Dah nak masuk kubur, tudung pun tak tahu nak pakai. Kalau tahu dek orang UMNO, marah. Tapi ana cakap benda betul.
Ana ambil kesempatan jugalah menjengah gerai dan tengok-tengok ucapan nanti. Bukan minat sangat. Menyampah lagi ada. Tapi disebabkan kita ini blogger, kita kena ambil tahu. Jangan tinggal terus. Ana akan kaji dan selidik mentaliti orang UMNO minggu ini. Pada ana, tak banyak perubahan pun. Old skool.
Boleh tahan teruk Muhyiddin bantai kita semalam. Macam-macam dia balun. Antaranya, seperti yang dipakai oleh Aspan Alias:-
Muhyiddin seperti Najib juga. Beliau seolah-olah akan menjadi gila  jika pembangkang mendapat kuasa dalam PRU ini. Bagi mereka-mereka ini  hilang kuasa serupa seperti memasuki neraka sedangkan peralihan kuasa  bergilir-gilir itu adalah mainan negara yang demokrasi. Apa yang  Muhyiddin sebutkan dalam ucapan itu hanya menandakan sikap dan sifat  UMNO yang tidak memahami yang demokrasi ini adalah pusaka bergilir dan  bukannya hak kekal UMNO dan BN.

Bagi pimpinan UMNO jika kalah BN ia seperti dunia akan kiamat. Tetapi rakyat sudah memahami hakikat bahawa ada kehidupan selepas UMNO.  Momokan yang ‘tiada UMNO tiada Melayu’ itu hanya terpakai semasa rakyat  belum berfikir dan tidak nampak yang ‘there is life after UMNO’. Malahan ia adalah kehidupan yang lebih baik kerana pihak PR akan membina rakyat yang berfikir.

Muhyiddin Gemuk pun ada bantai hubungan kita dengan DAP – kononnya kita ini melukut di tepi gantang.

Ana tak tahu. Ana tak melukut. Kalau ada pemimpin PAS yang melukut, ana tak tahu. Ana masih steady.

Ana nak ajak semua ahli PAS, kalau ada masa, marilah kita ramai-ramai berkumpul di PWTC. Jangan pakai kopiah. Pakai biasa. Lepas tu kita tengok perempuan-perempuan Melayu tayang body di sini. Memang banyak dosa. Tapi lepas tu kita minta ampun lah.

Pada ana, kita tak payah layan semua yang dikatakan Muhyiddin Gemuk. Biarlah dia nak mengarut apa pun. Kita jaga kain politik kita.

Advertisements