Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan  Kelantan, Datuk Husam Musa pernah berkata dengan beraninya mengeluarkan  kenyataan bahawa DAP lebih baik daripada Umno.

Husam pada hari terakhir persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun)  Kelantan di sini, semasa penggulungan mengungkit penentangan terhadap  Akta Darurat 1978 kepada Kelantan yang dibawa oleh seorang menteri  kemudiannya disokong MCA.

“DAP dengan MCA ini, 100 kali lebih baik… pada 1978, dibentangkan  Akta Darurat, dibawa menteri Umno dan kemudiannya disokong oleh MCA.

“Siapa yang menentang akta ini dan ada dalam rekod hansard.  Satu-satunya yang menentang akta ini ialah Lim Kit Siang, padahal ketika itu Pas dan DAP tidak ada hubungan,” katanya.

Husam yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Salor menegaskan, itu bermakna mereka memegang prinsip demokrasi, tetapi Umno yang kata parti tersebut satu bangsa dengan Pas, padahal Umno yang ‘makan’ Pas dulu.

“Lepas itu dia (Umno) kata kenapa Pas boleh baik dengan DAP, sebab DAP perangai lebih baik daripada kamu,” katanya.

Jawapan Husam tersebut mendapat sokongan daripada Adun Pas yang lain dan disambut dengan gelak tawa.

Ana mendapat maklum balas ramai kawan-kawan di Kelantan, kenyataan Husam ini sudah tersebar luas di Kelantan dan Terengganu. Kalau positif tak apa. Ini NEGATIF. Sangat negatif. Kita tidak boleh nak elak daripada mengakui realiti bahawa pak cik dan mak cik kita di kampung, sangat risau dengan hubungan kita yang terlalu akrab dengan DAP ini. Pada mereka, DAP ini bukan sangat nak angkat Islam. Lebih kepada nak pastikan mereka dapat kuasa sendiri.

Ana minta YB Husam untuk turun perjelas dengan orang kampung mengenai isu ini. Penggerak UMNO pun pandai – bila kenyataan YB Husam begitu, mereka buka semula semua kisah lama, bagaimana DAP sangat takut dengan HUDUD dan sebagainya. Habis kita kena check mate.

Ada seorang pak cik di Kemaman, sanggup halau tukang kempen kita kerana tak boleh terima dengan kenyataan Husam. Pada dia, DAP tak ada dalam kamus orang Islam dan orang Melayu. DAP ini jahat – kata pak cik tersebut. Rupa-rupanya dia bekas Polis yang bertugas di Kepong pada tahun 1969. Pada dia, DAP ini ‘celaka’.

Ana hanya sampaikan apa yang berlaku di bawah. Kalau kita terus lambung DAP bagai nak rak, rasanya koyak juga undi kita nanti. Hati hatilah.

Advertisements