“Ya Allah…Mudahkanlah perjalanan kami ke Putrajaya, kuburkanlah UMNO dan  BN dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 ini (diulang sebanyak tiga kali). Ya Allah…Hukumkanlah UMNO. Ya Allah…Hukumkanlah UMNO dan BN. K.O!  BN, K.O! BN, BN K.O!, K.O! BN, BN K.O!, BN K.O! dalam PRU-13 ini Ya  Allah.

“Kalau Kamu pernah tenggelamkan Firaun di dalam laut, Kamu izinkan  bumi Mu telan Qarun. Ya Allah…Kamu telah laknat Namrud dan begitu juga Abu Lahab. Maka sungguh mudah untuk Kamu menjahanamkan UMNO dan BN  dalam PRU-13,”
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20121118/po_07/Pas-doa-hancurkan-UMNO-BN#ixzz2CvdMbWFg ©  Utusan Melayu (M) Bhd

Doa untuk keburukan dan kehinaan untuk  orang lain adalah bukan perkara asing dalam Islam. Dalam satu hadis,  Rasulullah s.a.w. telah menaiki mimbar sambil berkata: “Amin, amin,  amin.” Dikatakan kepada baginda: “Wahai Rasulullah! Apa yang kamu buat  ini?” Baginda menjawab: “Jibril a.s. berkata kepada aku, kehinaan kepada seseorang hamba apabila dia memasuki Ramadhan tidak diampunkan untuknya dosa. Maka aku berkata amin. Kemudian Jibril berkata, kehinaan kepada  seseorang hamba apabila disebut namamu dia tidak berselawat ke atas mu.  Maka aku berkata amin. Jibril berkata lagi, kehinaan kepada seseorang  hamba yang sempat dengan kedua ibu bapanya atau salah seorang  daripadanya tetapi tidak boleh memasukkannya ke dalam syurga (kerana  tidak berbuat baik kepada mereka) maka aku berkata amin.”

Hadis ini diriwayatkan oleh Imam  Baihaqi. Dalam riwayat yang lain malaikat Jibril mendoakan agar  dibinasakan atau dijauhkan rahmat daripada Allah bagi ketiga-tiga mereka yang disebutkan di atas.
Ini ulasan yang diberikan oleh Ustaz Azhar bin Yahya, Timbalan Pengerusi Ulamak Pelapis, Dewan Ulamak PAS Pusat.
Ana pun hairan lah dengan orang UMNO ni. Menggelabah semacam. Baru kena doa hancur, dah takut. Dah susun segala bala tentera untuk pertahankan mereka.
Pada ana, benda biasa. Kalau kita gaduh dengan jiran, bohong kalau kita tidak mendoakan kebinasaan jiran kita. Kalau orang Melaka, terus dia kata: ‘hawau lahabau punya jiran. mampus tak mahu’. Ini pun satu doa. Salah? Kalau kita dah menyampah dan benci nak buat macamana? Nak diam sahaja?
Senjata orang Islam adalah doa. Kalau dah nama senjata, kita pakai aje lah.

Ya Allah…Mudahkanlah perjalanan kami ke Putrajaya, kuburkanlah UMNO dan  BN dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 ini (diulang sebanyak tiga kali). Ya Allah…Hukumkanlah UMNO. Ya Allah…Hukumkanlah UMNO dan BN. K.O!  BN, K.O! BN, BN K.O!, K.O! BN, BN K.O!, BN K.O! dalam PRU-13 ini Ya  Allah.

“Kalau Kamu pernah tenggelamkan Firaun di dalam laut, Kamu izinkan  bumi Mu telan Qarun. Ya Allah…Kamu telah laknat Namrud dan begitu juga Abu Lahab. Maka sungguh mudah untuk Kamu menjahanamkan UMNO dan BN  dalam PRU-13,”
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20121118/po_07/Pas-doa-hancurkan-UMNO-BN#ixzz2CveYaENe ©  Utusan Melayu (M) Bhd

Ana ucap terima kasih kepada Ustaz yang doakan hari tu. Macam ini baru betul. Alang-alang politik – biar kita politik sungguh-sungguh.

Advertisements