Ana cukup senang hati dan seronok dengan laporan yang dibuat oleh akhbar Cina berkenaan MUKTAMAR PAS. Hebat laporan mereka. Penuh. Ana tengok, yang paling hebat adalah laporan Nanyang. Akhbar Sinchew, Kwong Wah, Oriental Daily pun ada cover. Tapi NANYANG memang terbaik. Malah, tak keterlaluan lebih hebat berbanding HARAKAH. Ana suka nak cadang HARAKAH hantar wartawan training di NANYANG.
Laporan mereka mantap. Menyeluruh. Mereka tak lapor langsung mengenai Hudud. Pada mereka, PAS memang sedang bersedia untuk ke Putrajaya. NANYANG pada ana, memang mampu menjual PAS kepada orang cina dan bukan Islam.
Kita jangan lupa, 24 % masyarakat Cina sudah mula menerima Hudud. Ini peningkatan hampir 100 %. Sebelum ini hanya 12 % yang suka HUDUD.
Kaji selidik kedua berkenaan hudud yang dijalankan antara 1 September hingga 16 Sept 2012 itu menunjukkan peningkatan sekali ganda sokongan  masyarakat Cina iaitu kepada 24 peratus, berbanding 12 peratus dalam  kaji selidik sebelum ini pada 25 Oktober hingga 15 Disember tahun lalu.

Daripada sejumlah 385 responden berbangsa Cina, hanya satu peratus  peningkatan menentang pelaksanaan hukum hudud, berbanding kaji selidik  sebelumnya, iaitu sejumlah 51 peratus.

Sementara kumpulan yang tidak pasti sama ada hudud boleh dilaksanakan di Malaysia walaupun mempunyai masyarakat berbilang kaum menurun kepada 25 peratus berbanding 38 peratus dalam kaji selidik sebelum ini.

“Terdapat peningkatan sokongan masuarakat Cina terhadap pelaksanaan hudud.

“Perbezaan sembilan bulan antara kedua-dua kajian juga menyaksikan  peningkatan 12 peratus; menjadikan peratusan menerima hudud meningkat  kepada 24 peratus, dengan peningkatan (hanya) satu peratus tentangan  terhadap pelaksanaan hudud.”