Demam pilihan raya umum ke 13 tidak menghalang PAS mengadakan muktamar tahunan di Kota Baru minggu depan. Bagaimanapun, muktamar ke 58 dari 14 hingga 18 November ini tidak ada sebarang pemilihan jawatan.

Tumpuan pasti kepada ucapan dasar Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi  Awang yang dijangka memberi amanat terakhir kepada ahli dan pemimpin  mengenai cabaran pilihan raya.

Pun begitu, perbahasan mengenai keperluan PAS untuk sangat erat  dengan DAP dijangka ditimbulkan meskipun pucuk pimpinan termasuk  Musyidul Am, Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Abdul sendiri telah menjelaskan  keperluan tersebut.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, muktamar kali ini  merupakan muktamar terpenting memandangkan ia yang terakhir sebelum  pilihan raya umum akan datang.

” …Muktamar terpenting yang akan menggerakkan seluruh parti bagi menghadapi pilihan raya umum,” katanya.

Agenda-agenda penting yang akan dibincangkan pada muktamar kali ini,  Mustafa berkata, ia akan memfokuskan kepada perbahasan ucapan dasar yang disampaikan  Abdul Hadi.

Sementara itu, bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin  berkata Presiden PAS, perlu menekankan banyak isu kepada ahli PAS di  dalam muktamar pada minggu depan. “Beliau perlu menekankan kepada politik kebenaran dan keadilan dan urus  tadbir kerajaan yang baik. Selain itu beliau perlu menolak politik  perkauman.

“Dalam bidang ekonomi, hutang kita bertimbun, isu rasuah, dan ketirisan RM40 juta.

Kita serahkan kepada perwakilan untuk membuat keputusan. Kita memang perlu banyak muhasabah kali ini. Muhasabah kedudukan kita dalam Pakatan Rakyat. Jangan main ikut dan main sondol sahaja. Sudahnya, yang rugi kita.

Pada ana, apa yang disampaikan dalam pertemuan ‘kumpulan gila talak’ di VISTANA kita ketepikan sahajalah. Buang masa. Ini semua kumpulan dah tak ada kuku. Cakap banyak. Tapi apapun tidak membantu parti. Kita biarkan mereka berkokok.

Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu, apabila dikatakan kepada  kamu: “Pergilah beramai-ramai untuk berperang pada jalan Allah”, kamu  merasa keberatan (dan suka tinggal menikmati kesenangan) di tempat  (masing-masing)? Adakah kamu lebih suka dengan kehidupan dunia daripada  akhirat? (Kesukaaan kamun itu salah) kerana kesenangan hidup ini hanya  sedikit jua berbanding dengan (kesenangan hidup) di akhirat kelak.Jika  kamu tidak keluar beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah  membela agama-Nya, Allah akan menyeksa kamu dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dan Ia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain,  dan kamu tidak akan dapat memudharatkan Allah sedikit pun. Dan ingatlah  Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. ( At-Taubah:38-39)