1. PAS mesti mengembalikan kepimpinan ulamauntuk menerajui PAS di seluruh peringkat.

2. PAS mesti menentukan bahawa parti itu terus bergerak sebagai parti politik dan gerakan Islam.
3. Agenda gerakan Islam mesti diutamakan melebihi ianya sebagai sebuah parti politik semata-mata.
4. Setiap ahli  PAS yang diberi peluang memegang jawatan dalam parti hendaklah terlebih  dahulu diberi kefahaman yang jelas mengenai perjuangan PAS untuk  menegakkan Islam dan melaksanakan hudud.
5. Pimpinan PAS mesti mencerminkan sifat menghormati pandangan dan cadangan ahli di peringkat akar umbi.
6. PAS harus menimbangkan dengan serius ruang kerjasama sesama Islam dan Melayu termasuk dengan Umno.
7. Dalam sistem tahalluf siyasi, PAS mesti menjadi parti peneraju, bukan mengikut telunjuk DAP dan PKR.
8. Pimpinan PAS tidak seharusnya terlalu menyanjung pimpinan DAP dan PKR, dalam masa yang sama menghina pimpinan sesama Islam.
9. PAS mesti  segera mengkaji hubungannya dengan PKR dan DAP. Dan sekiranya perlu  mengadakan Muktamar khas memandangkan pimpinan parti-parti tersebut  telah menggelincirkan hala tuju PAS untuk menegakkan Islam dan  melaksanakan hudud.
10. Hubungan pimpinan dan pengikut mestilah berdasarkan kepada kedua-dua prinsip iaitu ‘al-walak’, ‘wal-barrak’.
11. Wacana yang diadakan hari ini hendaklah diadakan di peringkat negeri bagi memberi  peluang kepada ahli dan penyokong-penyokong di peringkat negeri untuk  menyertai wacana yang seperti ini untuk memberikan input.
  • Ana mengaku hadir dalam majlis tersebut – tapi keluar apabila ‘ahli UMNO jadian’ mula mengemudi mesyuarat;
  • Pada ana, boleh mengkritik parti – jangan kritik ulama’ dan tuan guru;
  • Ana sebak lah juga bila timbul soal perpaduan UMNO-PAS ini. Sebak juga. Tapi pada ana, keputusan pimpinan lebih utama;
  • Kita tunggu sahajalah muktamar nanti apa yang berlaku.
  • Sebagai ahli biasa, pandangan kita tidak penting. Pandangan pimpinan lebih utama. Bukan begitu?

Siapa Aidit Ghazali yang tampil macam ulama’ tua di function tersebut. Bosan. Bila mamat ni masuk PAS? Kawasan mana?

Rasanya tak perlulah orang bukan PAS yang nak bercakap pasal LANDASAN perjuangan PAS.