Ana dapat sms/makluman daripada seorang teman baik pagi tadi. Sebelum Jumaat. Kebetulan ana ada di KL, kerana isteri nombor dua nak datang shopping di Jalan TAR. Ana temankan. Memang biasa ana temankan yang nombor dua ni.

Sms itu berbunyi: As Salam. Jemput hadir ke Hotel Vistana (10.11.2012); membincangkan halatuju dan masa depan PAS. PAS perlu perjuangkan Islam sehingga titisan darah yang terakhir. Kalau setia, Hadir. Wassalam.

Ana kenal rakan ana ini. Orang PAS totok. Orang lama. Sanggup berhenti kerja dengan Hongkong and Shanghai Bank (HSBC) kerana mahu elakkan riba. Itupun selepas dengar ceramah seorang pemimpin PAS di surau kawasan rumah. Berhenti kerja. Sekarang bawa van mayat di Cheras. Bukan cerita bohong ni. Cerita betul.

Ana call dia semula untuk pastikan ini bukan kerja psy war orang UMNO. Dekat-dekat nak pilihanraya ini macam-macam grup ada. Ana takut.

Rakan baik ana kata, confirm ini bukan kerja orang UMNO. Dia dapat sms daripada pimpinan juga. Yang kebetulan dapat info daripada seorang Ahli Majlis Syura.

Ana insya’Allah hadir. Pada ana, setia pada parti itu penting. Jangan terlampau taksub kuasa sampai lupa objektif parti.

Ana akan maklum apa dapatan dan perbincangan nanti. Kalau bolehlah. Kalau kena bai’ah angkat sumpah; ana tak berani lawan sumpah.

Ana juga setuju PAS perlu banyak muhasabah gerakan. Kena perteguh pendirian dalam banyak isu. Sebelum muktamar ni, elok juga kalau kita bertemu dan berbincang dengan ikhlas dan jujur. Sebagai anggota parti, ana pun ada hak nak dengar pandangan alternatif dalam parti.

Advertisements