Bukan main ramai lagi yang menghantar sms/email kepada ana, mengatakan ana sudah terlalu mengikut rentak Utusan Melayu dan Berita Harian. Ana nak jelaskan, bahawa kenyataan Izzah ini terlebih dahulu dipetik dalam The Malaysian Insider dan Malaysiakini. TMI dan Malaysiakini pun membohong juga?

Ana tengok semula rakaman Izzah melalui antarapos. Tengok semula berita tv3 melalui tonton walaupun ana benci tv3. Ana dan dua orang rakan (seorang Ustaz dari UIAM) dan seorang lagi cikgu sekolah rendah dari Kelantan. Ana tak nak komen. Ana dengar sahaja komen mereka.

Pandangan 1

Ustaz UIAM : kita mungkin boleh pertahan bab la ikraha fiddin. Tapi bab LGBT, Nurul Izzah wajib bertaubat. Mengia dan menerima perlakuan lesbian, homoseksual ini bukannya satu perkara yang boleh dibuat main. Ianya hukum. Tegas Ustaz itu lagi:-

“Allah melaknat siapa sahaja yang melakukan perbuatan kaum Nabi Lut, Allah melaknat siapa sahaja yang melakukan perbuatan kaum Nabi Lut,  Allah melaknat siapa sahaja yang melakukan perbuatan kaum Nabi Lut” [HR Ahmad, No 3908].

Hukuman untuk gay adalah hukuman mati dan tidak ada khilafiyah di antara para fuqaha’ termasuklah di antara para shahabat Nabi SAW mengenainya.  Ini seperti dinyatakan oleh Qadhi Iyadh dalam kitabnya Al-Syifa’. Sabda  Nabi SAW,

“Siapa sahaja yang kalian dapati melakukan perbuatan kaum Nabi Lut (liwat), maka bunuhlah keduanya (peliwat dan yang diliwat).” [HR Al-Khamsah, kecuali an-Nasa’i].

Sebagai ahli politik Muslim, Izzah perlu lebih hati-hati dan tidak mempermainkan hukum ikut pandangan peribadi. Ianya salah dan tidak boleh diterima. Ustaz itu sendiri mengatakan sepatutnya Mujahid Yusof Rawa memperbetulkan kenyataan itu.

Pandangan 2

Cikgu: Pada saya, apa yang diperkatakan sangat jelas dan tidak ada keraguan. Apa sahaja yang ingin dikatakan, Izzah sudah terlepas cakap. Minta dia mohon maaf dan berharap agar masyarakat dapat melupakan kesilapannya itu.

Dua pandangan ini mungkin tidak mewakili majoriti orang Islam di luar sana. Apa lagi yang kita nak pertahankan ni?

Jadi dosa pulak kalau ana pertahan benda yang hak?