“Ada dua pendekatan, kita men’johor’kan  PAS atau mem’pas’kan Johor.  Rasanya yang tepat adalah men’johor’kan PAS iaitu dengan kita di negeri  ini mengamalkan budaya orang Johor kerana sememangnya kita orang Johor.

“Dengan cara inilah, kita akan bersama masyarakat dan seterusnya memimpin  mereka menuju perubahan,” kata Pesuruhjaya PAS Johor, Datuk Dr Mahfodz  Mohamad ketika menggulung perbahasan di Konvensyen PAS Johor.

Pandangan yang beliau mula cetuskan dalam ucaptama konvensyen ini turut disokong  oleh para peserta konvensyen ini ketika mereka membahaskan ucapan beliau itu.

Melalui pendekatan ini, katanya, pemimpin PAS di semua  peringkat perlu meraikan dan memimpin semua aktiviti orang Johor  termasuklah majlis membaca Yassin yang dipanggil Yasinan di Johor,  marhaban, berzanji dan sebagainya.

“Masa saya nak kahwin dulu, saya dipaksa berzanji. Lalu terpaksalah saya belajar berzanji sampai pandai. Tetapi lepas itu lupa.

“Lepas ini kita mesti berzanji dan memimpin pasukan berzanji, masuk pasukan  rewang (gotong royong kenduri) dan memimpinnya, memimpin tahlil.

“Saya rasa kita ada kelebihan ini. Misalnya, bila tahlil, pemimpin Umno takut nak dekat sebab mereka tak pandai. Jadi kita kena mengambil kesempatan  ini.

Pandangan ana, strategi ini memang baik. Tapi akan ada satu masalah. Kalau kita terlalu rapat dengan DAP – usaha nak MENJOHORKAN Pas ini menjadi satu masalah yang bukan kecil. Ana tahulah, ana berapa lama berkampung di Johor. Bila sebut DAP, bukan setakat orang Melayu yang rasa cuak, orang Jawa, orang Bugis, orang Banjar pun rasa macam tak sedap hati.

Almaklumlah, mereka semua rasa teruk penangan komunis zaman nenek moyang. Bukan boleh percaya semua ini. Kena ingat masa Bukit Kepong; orang Cina kampung ambil keputusan bantu komunis. Bila dengar bunyi senapang – mereka kata itu mercun sambut tahun baru. Sudahnya, habis anak bini Polis kena bakor dalam balai.

Kalau betul nak MENJOHORKAN Pas – kita kena kurang sikit rapat dengan DAP. Kalau tidak ana rasa susah sikitlah. Ana cadang, di kerusi PAS tanding di Johor, logo DAP diharamkan sama sekali. Jangan naik. Susah kita nak rapat dengan pengundi Melayu nanti.

Advertisements