YB,
Kenyataan YB mengenai kebebasan beragama kelmarin memberikan kerisauan  yang bukan sedikit kepada kami jamaah dalam PAS. Kami sedar, YB pastinya rasa terpanggil untuk berkata-kata demikian kerana terlalu berkehendak  akan undi bukan Melayu. Namun, kami merasakan, kenyataan YB akan  memberikan masalah kepada usaha kita (PKR dan DAP) untuk mendapatkan  undi Melayu.
YB perlu sedar, dalam konteks Negeri Selangor, sebagai contoh, DAP  sendiri mengakui bahawa undi Melayu adalah sangat sukar. Teresa Kok  sendiri mengatakan seperti berikut:-
In a bid to further consolidate its power in Selangor, DAP has urged  its members to set sights in wresting eight BN marginal state seats  which they won with less than 1,000 majority votes in the last general  election.

Opening the 17th Selangor DAP State Annual Convention today, Kok said that the seats comprise of at least 15% of non-Malay voters, and have  seen an increase of new voters between 11.9% and 42.2% since 2008.

The seats are Sg Ayer Tawar, Sabak, Permatang, Kuang, Taman Templar, Sri Serdang, Paya Jaras, Morib.

 

Kok said though DAP are not contesting on these seats, the party can  play a significant role in spurring the non-Malay support to Pakatan  candidates in the coming election.

“If we can increase the non-Malay votes to at least 70 percent, then we can win the seats,” she said.

Soalan kami, anak muda dalam PAS kepada YB:-

  • Apakah strategi pemikiran liberal – kebebasan beragama ini akan menguntungkan kita, PKR dan PAS?
  • Apakah YB sedar bahawa kenyataan YB ini akan memberikan kesukaran kepada PAS?
  • Kerusi manakah yang YB rasakan akan menang jika kenyataan seperti  ini terus YB permainkan? DAP sangat yakin, mereka boleh menang di Sg  Pelek dan Kuala Kubu Bharu. PKR dan PAS boleh menang di Sungai Ayer  Tawar, Sabak, Permatang, Kuang, Taman Templer, Sri Serdang, Paya Jaras  dan Morib jika YB terus lukakan hati orang Melayu?
  • Itu belum dikira impak kenyataan YB kepada kerusi di Kedah dan Kelantan (sekiranya penerangan UMNO pandai menggunakan isu ini);
  • Apa bezanya YB dengan Chua Soi Lek dalam pendekatan menghina Islam?

YB Nurul Izzah,

Walaupun mungkin ada kalangan intelektual seperti Dr Ahmad Ar-Raisuni kepada dua jenis, iaitu ‘Riddah Mujarradah’ dan ‘Riddah Muharabah’. Riddah mujarradah, adalah semata-mata keluar dari  Islam, tetapi tidak melakukan pengkhianatan, kezaliman, atau menyerang  sesebuah kerajaan Islam. Adapun riddah muharabah adalah, keluar Islam  disamping melakukan pengkhianatan dan menyerang Islam dan kerajaan  Islam.

Apakah pendekatan ini yang hendak kita ambil? Biarkan orang memilih  agama apa yang mereka mahukan? Apa pula tugas/amanah kita sebagai  pendakwah Islam? Apakah YB mahu mempersendakan perjuangan kami dalam PAS dalam isu ini?

Kami ingin mencadangkan agar YB bertemu, duduk dan berdiskusi semula  dengan Dewan Ulama’ PAS mengenai isu ini. Jangan biarkan ia menjadi  masalah kepada pakatan rakyat.

Harap dapat pencerahan selanjutnya oleh YB.

Terima Kasih,

MELALUI EMAIL

Penggerak PAS Kawasan Gombak

Advertisements