Pakatan Rakyat (Pakatan) mensasarkan kehadiran 50,000 peserta pada Pra-Himpunan Kebangkitan Rakyat di Senawang, Sabtu ini.

“Kita mengharapkan negeri-negeri di selatan tanah air iaitu Johor,  Melaka dan Negeri Sembilan dapat menghantar seramai mungkin peserta  memandangkan kedudukan mereka lebih hampir dengan lokasi himpunan,” kata Pengarah Himpunan, Mohamad Sabu.

Menurut Timbalan Presiden PAS itu, himpunan tersebut akan  menggabungkan empat warna yang menjadi simbol kepada beberapa tuntutan  rakyat yang masih belum ditunaikan kerajaan sehingga kini.

“Warna-warna tersebut terdiri daripada merah, kuning, hijau dan oren,” jelasnya.

Beliau berkata, warna kuning mewakili Himpunan Bersih yang menuntut  lapan perkara, manakala hijau berkaitan dengan alam sekitar yang  membantah projek Lynas serta Pengerang.

“Warna merah mewakili tuntutan royalti rakyat Kelantan, manakala oren mewakili tuntutan peneroka Felda. Jadi terserah kepada peserta untuk  memilih warna baju untuk dipakai pada himpunan itu nanti,” jelas Mat  Sabu dipetik Harakah.

Menurut ramai kawan-kawan PAS di Negeri Sembilan, yang lebih menjadi dominan kepada perhimpunan ini adalah Bersih. Yang datang meeting koordinasi dengan PAS Negeri Sembilan pun ramai budak-budak Cina yang mewakili Bersih. Kenapa perlu mereka jadi dominan?

Ana rasa, ramai orang PAS bersetuju, Bersih 3.0 bukanlah satu kejayaan politik kepada mana-mana pihak. Kita tak dapat kelebihan. Gomen pun tak dapat kelebihan. Ana cuma takut kalau kita bangkitkan semula Bersih 4.0 melalui HKR ini, akan backfire kepada kebangkitan PAS.

Bersih + Lynas + Felda + Royalti = apa yang kita dapat nanti ni? Kalau bawa kemenangan ana suka. Ana takut jadi masalah. Kawan-kawan PAS Negeri Sembilan pun dah mula teragak-agak dengan penglibatan budak Cina yang terlalu ramai. Apa nak jadi ni? Datang meeting pakai seluar pendek pulak tu. Tak menyirap darah kawan-kawan kita di Nogori. Berpeluh Pak Imam baca doa sebelum mesyuarat.