Sebagai rujukan, dr Asri menyatakan perkara itu menjadi satu masalah  dalam PAS dan melahirkan kebimbangan jika PAS memimpin negara kelak,  jika tidak dibahas hari ini, negara akan jadi macam Iran yang  Ayatollahnya tidak boleh ditegur.

Seperti saya sebutkan, kenyataan dr Asri bahawa PAS ‘ada masalah’  bahawa ulamanya mengamalkan sikap tak boleh ditegur adalah sangka buruk  yang memalukan saya.

Falsafah Syiah yang menyucikan ulama mereka adalah antara faktor mereka dikeluarkan daripada kelompok besar Ahlu al Sunnah Wa al Jamaah (ASWJ)  dan dihukum sesat.

Siapa kawan-kawan dr Asri yang mampu mengawal mulutnya? Dulu kata  pemuda PAS Taliban. Hari ini, ulama PAS sebagai Ayatollah. Esok, PAS  parti sesat?

Ana nak ucap tahniah kepada anak Mursyidul Am yang cepat-cepat membantah kenyataan Dr Asri mengenai isu ini. Barulah tangkas. Orang muda.

Pada ana, Dr Asri ini sudah menjadi sniper UMNO dalam isu Islam dan hukum hakam. Dia memang cari makan begini. Berkawan dengan Shahidan Kasim yang kaya raya untuk mendapatkan keuntungan politik. Intai-intai nak jadi calon. Masalah Dr Asri adalah dia anggap dia the best. Soalnya, apakah dia begitu statusnya?

Pada ana, PAS perlu buat usaha untuk bertempur secara intelektual dengan ULAMA’ UPAHAN seperti ini. Fathul Bari & Gang satu hal. Dr Asri & Gang satu hal.

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/ulama-pas-jemput-dr-asri-berdialog

Kalau Dr Asri berani, mari kita berjumpa dalam gelanggang PAS. Asyik duk di gelanggang Sinar Harian sahaja. Apa barang.