THIN KURAL, Isnin 29 Oktober 2012

 

4 BUAH TANDAS BERNILAI 20 RIBU RINGGIT UNTUK KUIL SINGARA VADIVELAVAR :

HASIL USAHA KELAB PENYOKONG PAS PAHANG

 

Hasil usaha Kelab Penyokong PAS Pahang, 4 buah tandas dengan kos 20 ribu ringgit dibina di Kuil Sri Singara Vadivelavar, Jerantut. Ia selepas mendengar rintihan penganut Hindu yang berkunjung ke kuil itu mengenai tiadanya kemudahan masalah tandas. Walapun kami sudah banyak kali memohon kepada kerajaan negeri mengenai keperluan itu, tetapi langsung tiada respon. Namun, sejurus mendengar keluhan kami PAS Pahang  telah bertindak segera. Dalam hanya 45 hari pembinaan tandas itu siap. Kami berterima kasih kepada PAS Pahang dan syarikat yang melaksanakan pembinaan itu.

 

Semasa berucap pada majlis itu, Pengerusi PAS Jerantut Dr Hamzah Jafaar berkata sekiranya PAS menguasai Pahang pada pilihanraya umum depan, segala keperluan masyarakat akan dipenuhi tanpa mengira bangsa dan agama. Malah, tuntutan pembinaan sebuah dewan untuk masyarakat India juga akan dipenuhi, katanya. Untuk itu rakyat perlu yakini kami dan akan akan balas keyakinan itu. katanya lagi. Pengerusi DAP Jerantut Cikgu Koh pula berjanji untuk memberikan gaji 6 bulan beliau untuk Kuil dan masyarakat India setempatkalau Pakatan kuasai negeri itu dalam PRU nanti. Masyarakat India Jerantut masih ketinggalan jauh di belakang. Justeru kami akan berusaha memajukan kehidupan mereka, kata beliau.

 

Sampai tahap ini kita jaga hati orang India. Kalau mereka pergi kuil, tiba-tiba perut memulas nak memerut – ada juga tandas yang disediakan oleh PAS untuk mereka. Ini satu program yang sangat baik dan positif.

 

Nak elok lagi, kita letak lambang PAS di depan pintu jamban. Bagi mereka ingat parti kita. Jangan sedap ‘melepas’ di tandas tajaan kita; tapi bila undi, terus disanjung Samy Vellu yang bebal itu.

 

Anwar Ibrahim pernah cakap sama kita, undi India sangat penting. Undi penentu. Jangan lupa, kalau tak ada HINDRAF dulu, jangan harap kita nak menang 5 negeri. Ini semua ada permainan politik.

 

Ana puji PAS Pahang kali ini. Taik orang India pun pastikan berada di dalam jamban dan saluran pembetungan yang ditaja oleh PAS. Macam ini barulah ada kemajuan politik. Tidak bergantung kepada undi surau dan masjid semata-mata.

 

Kalau kita dan DAP teruskan mendekati KUIL, ana yakin undi masyarakat India ini harus bersama kita. Apa punya MB Pahang, tandas pun tak mampu nak bagi. Sengkek?

Advertisements