Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) membantah sekeras-kerasnya  penayangan filem ‘My Name Is Khan’ di TV3 pada Hari Raya Aidil Adha yang kedua.

Naib Presiden Abim, Ahmad Saparudin Yusup berkata, filem yang membawa mesej yang mengelirukan jelas tidak wajar ditayangkan oleh sebuah  stesen televisyen utama Malaysia.

Berikut ialah kenyataan penuh beliau mengenai perkara itu.

Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) membantah sekeras-kerasnya  penayangan filem ‘My Name Is Khan’ di TV3 pada Hari Raya Aidil Adha yang kedua. Filem yang membawa mesej yang mengelirukan jelas tidak wajar  ditayangkan oleh sebuah stesen televisyen utama Malaysia.

Watak utamanya dibawa oleh Shah Rukh Khan (Datuk) jelas menjengkelkan. Aksi  beliau dalam cerita itu membayangkan tahap kefahaman pengarah, penulis  skrip, dan pelakon mengenai Islam begitu memalukan. Sebagai  contoh, adegan hero yang berkahwin dengan heroin (dalam filem ini) yang  beragama Hindu jelas bertentangan dengan ajaran Islam. Menerima dan  mencampur aduk cara penyembahan agama lain dengan Islam sebagai agama  adalah sama jelas bercanggah dengan prinsip Islam.
Ana nak tergelak baca statement ABIM ni. Dah ekstrim sangat. Bawa bertenang ya akhi. Ini cuma cerita. Bukannya kahwin betul-betul. Di Indonesia, kahwin berlainan agama ini sudah biasa. Bukannya benda baru. Tak perlu nak takut pun.
Apa strategi ABIM nak bangkit benda-benda ekstrim ini? Dah macam PERKASA pulak ana tengok.
Tak semua benda yang rakyat akan ikut secara membuta tuli. Janganlah anggap rendah sangat standard iman orang kita ini. Mereka minat SRK sahaja. Bukannya nak ikut cara SRK beragama.
Bila ABIM dah jadi lebih Ayatollah ni…kita pun pening.

Advertisements