Ana jadi pening kepala dengan kenyataan yang dibuat oleh Dr Asri. Ana suka peribadi dia. Orang baik. Santun. Tapi dalam beberapa perkara, Dr Asri nampak sangat suka bantai PAS. Dalam wacana terbaru dengan Sinar, Dr Asri melahirkan kerisauan bahawa PAS akan jadi parti yang penuh dengan MULLAH. Semua benda haram. Tak boleh itu dan tak boleh ini.
Ana nampak, Dr Asri dah lama tak kawan dengan orang kita. Dia dah tak kenal PAS. PAS sekarang bukan macam PAS dulu. Kita lebih dinamik. Kita lebih ke depan dalam banyak perkara. Jadi kenyataan bahawa PAS ini akan jadi parti AYATOLLAH adalah satu penghinaan kepada PAS. Jangan hina kami begitu.
Sudahlah AYATOLLAH itu orang Syiah. Nak kaitkan dengan PAS supaya orang pun takut dengan kita. Ini semua taktik lama.
Dalam PAS, benar seperti kata beberapa pemimpin – AYATOLLAH tidak ada kemungkinan. Dengan terserapnya kumpulan profesional, bijak pandai, pemikir, kontemporari – kita sudah ada kumpulan yang lebih terbuka dan berpandangan jauh.
Dalam PAS, kita lebih cenderung kepada ANWAR-ullah. Perjuangan yang lebih menjurus kepada keterbukaan dan keadilan buat semua. Takkan Dr Asri tak boleh faham keadaan dan suasana ini.
Mengulas teguran Asri itu, Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar  berkata, sekiranya diberi mandat memerintah Putrajaya kelak, mereka  tidak akan sekali-kali menjadi seperti pimpinan Ayatollah.

Katanya, sedia ditegur dan dikritik akan terus menjadi asas perjuangan parti itu.

“Saya rasa Dr Asri sekadar membuat peringatan yang jujur dan ikhlas,  tiada niat lain dan saya hargai peringatan yang diberi itu.

PAS lebih percaya kepada perjuangan politik Anwar kerana ianya relevan dengan masa dan keadaan. Perjuangan Anwar ada ‘fiqh realiti’ (fiqh al-waqiq). Bukan macam sesetengah pemimpin PAS sendiri yang masih terbeban dengan kongkongan pemikiran lama. Anwar berjaya membebaskan PAS daripada belenggu pemikiran Islam yang tidak selari dengan realiti. Itu sahaja.

Advertisements