PAS akan bertanding 29 atau 30 dari 56 kerusi Dewan Undangan Negeri Johor dalam pilihan raya umum akan datang ini.

Di peringkat Parlimen pula, PAS akan bertanding lapan kerusi, kata  Pesuruhajaya PAS Johor, Datuk Dr Mahfodz Mohamad dalam wawancara khas  dengan Harakahdaily.

Ini bermakna, PAS bertanding paling banyak  kerusi DUN Johor berbanding rakan-rakannya dalam Pakatan Rakyat iaitu  PKR dan DAP yang akan bertanding kira-kira 27 kerusi lagi.

“Dalam pilihan raya 2008, kita bertanding 33 kerusi. Namun kali ini kita  serahkan sebahagiannya kepada PKR dan DAP,” kata beliau kepada  Harakahdaily ketika ditemui selepas majlis dialog dengan Dewan Himpunan  Penyokong PAS di sebuah hotel dekat sini.


KERUSI TUMPUAN

Dari jumlah itu, PAS memberikan tumpuan kepada 17 kerusi untuk dimenangi dalam pilihan raya umum akan datang.

“Kita beri tumpuan untuk menang 17 kerusi ini untuk membolehkan kita ‘lead’  Pakatan di Johor,” kata beliau yang memberitahu, PAS Johor sudah bekerja keras sejak tiga tahun lalu.

DAP akan bertanding kira-kira 14 dan PKR pula akan bertanding 15 kerusi DUN.

Ana ucap TAHNIAH kepada PAS Johor kerana berani membuat kenyataan bahawa KITA akan menjadi KETUA kepada Pakatan Rakyat di Johor. Secara kebetulan, ana ramai kaum keluarga di Johor. Pada mereka, soal PAS mahu menerajui Johor  ini hanyalah guruh sahaja.

Manakan tidak, daripada 30 kerusi, 24 kerusi adalah kerusi BUNUH DIRI. Takkan boleh menang pun. Habis, apa maknanya? Sedangkan DAP dan PKR mempunyai kelebihan yang lebih baik.

14 kerusi DAP – 12 kerusi punya potensi boleh menang. PKR tanding 15 kerusi – 9 kerusi boleh menang. Sudahnya? PAS takkan jadi KETUA juga.

Ana minta pemimpin kita di Johor supaya lebih strategik dalam mengemukakan pandangan. Hentam keromo – inilah jadinya.

Jangan lupa, kita pun belum bina JAMBATAN ke Istana Pelangi. Belum. Bila nak mengadap Tuanku?

Advertisements