Ana malas nak ulas panjang bab perangai pegawai tinggi KCS ni. Memang dah lama kita perasan di Kedah pun. Yang dikatakan Tun Mahathir sebagai LITTLE NAPOLEONS depa ni lah. Kerja malas. Kuat main golf. Kerjanya bodek Tuanku. Payah nak kata.

Ana setuju dengan pendekatan PAS Kedah yang berusaha keras untuk berdepan dengan puak KCS ni. Depa ni memang jenis tak suka buat kerja. Lebih suka berada di Padang Golf, ataupun duk bodek Tuanku di KL. Kerja senang lah kalau setakat nak bodek Tuanku.

Ana minta maaf cakaplah, KCS ini lah yang menyebabkan kerajaan kita di Kedah nampak tak berapa nak cerdik. Banyak masalah. Banyak kelemahan. Bukan sebab pemimpin kita lemah. Tapi depa ni tak membantu dengan jujur. Sibuk nak kayakan diri sendiri dan saudara mara mereka. Kiat diam sikit, depa mula mula nak ketit kepimpinan kita. Mangkuk hayun sungguh.

Ana diberitahu, kalau ikut pencapaian di seluruh Negara, KCS adalah antara pegawai kerajaan yang paling lembab dan tidak pro aktif. Semuanya tunggu arahan. Semuanya tunggu disuruh. Tak ada idea. Sebab terlalu tertutup pemikiran. Bahasa mudah, KCS ini memang koman habih.

Kalau KCS tak beri kerjasama pada kerajaan Negeri yang dipilih rakyat – mana organisasi pun boleh mengkalik. Tunggang langgang. Arahan MB dia buat tak tau. Sebab? Sebab dia ada kuasa. Apa punya pegawai kerajaan lah?

Kita jangan lupa, jangan lupa, depa ni lah yang buat SANUSI JUNID (orang bijak) tersungkur dulu. Depa ni lah. La ni, depa nak susun bagi Azizan pulak tersungkur. Kerja busuk. Sebelum depa bagi kita kalah, baik kita lawan depa sungguh-sungguh.

Masa mula-mula kita menang, depa ni lah yang meghemut nak minta nyawa. Bila lama sikit, mula tunjuk belang.

Ana ingat kita sudah tidak ada masa. Kena pi ajaq puak KETEGAQ macam KCS Kedah ni.

Advertisements