PAS melihat pengaruh mantan Perdana Menteri, Tun Dr  Mahathir Mohamad  tidak langsung menjejaskan undi kepada Pakatan Rakyat  pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang akan datang.

Naib Presiden PAS, Datuk  Mahfuz Omar menegaskan, Pakatan Rakyat tidak  pernah risau apabila Dr  Mahathir membuka mulut mengkritik apa sahaja  yang beliau kehendaki.

“Saya melihat Dr Mahathir memang mempunyai pengaruh tetapi ia tidak   langsung memberi kesan undi kepada mereka yang menyokong Pakatan Rakyat.

“Tetapi ia akan memberi kesan secara langsung kepada sokongan Umno Barisan Nasional,” jelasnya kepada Harakahdaily.

Jelas Mahfuz, tindakan Dr Mahathir membuka mulut atau mengkritik sebenarnya menimbulkan kerisauan kepada pemimpin Umno.

Malah, mereka beranggapan setiap kali Dr Mahathir membuat kritikan   sokongan yang mereka perolehi dari undi orang Melayu akan menurun.

“Kita lihat bagaimana Dr Mahathir mengkritik mengatakan pemberian BR1M  adalah seperti membeli undi, dan ini secara langsung akan terus   mengurangkan sokongan kepada Umno Barisan Nasional.

Ana minta maaflah, dalam bab Tun Mahathir ini, ana tak sependapat dengan pimpinan – khususnya Mahfuz. Agaknya Naib Presiden kita ini dah lama tak balik kawasan. Dah tak tahu apa yang berlaku di Kedah. Biar ana terangkan sedikit.

Rasional bahawa Tun M ini akan mengurangkan undi Melayu ini ana tak dapat terima langsung. Malahan, hari ini kalau Mahfuz lawan Mahathir di kawasan berkecuali, ana rasa Mahfuz akan tewas dengan teruk. Sebab itu jangan cakap ikut sedap mulut.

Mahfuz tak tahu betapa jentera kita di bawah cukup risau kalau Tun M turun berkempen di Kedah. Sejuk kaki. Bukannya apa, dalam pada kita panggil Tun firaun, rupa-rupanya masih ramai orang Melayu/Islam yang melihat Tun sebagai negarawan ulung. Ana terus terang sahaja. Biar pimpinan kita, khususnya Mahfuz tidak cakap ikut sedap mulut. Lepas tu kita pakat ramai-ramai tertiarap.

Pada ana lah, Tun Mahathir ini, Pas tak payah nak ulas. Sepertimana juga UMNO tidak wajar ulas pasal Nik Aziz kalau pandai politik. Kita letak Tun M di tepi dan terus hati-hati dengan gerakan dia. Cukup. Tak perlu nak KURANG AJAQ.

Mahathir ini bijak orangnya. Kalau dia cakap, kita jangan ambil bulat-bulat. Kena tengok dalam-dalam. Mahathir kutuk BR1M bukan sebab dia tak suka BR1M. Mahathir nak pastikan pengundi Cina tidak mempunyai pandangan yang salah terhadap BR1M. Bila Mahathir bantai BR1M, dia bukan target undi Melayu. Dia target undi Cina. Cina urban. Itupun Naib Presiden tak boleh fikir.

Advertisements