Ana lihat kita sangat galak dalam mencari kelemahan orang lain dalam  Laporan Ketua Audit Negara. Kita tengok apa yang orang lemah. Tahun  lepas, kita balun orang pasal NFC dan lain-lain. Tapi ana nak kita muhasabah dan tengok juga pencapaian negeri kita sendiri.
Bukannya apa, sebarang kelemahan pengurusan, akan membuatkan rakyat  rasa tak selesa. Rakyat rasa tak percaya dengan kita. Takkanlah semuanya kita nak pulangkan kepada takdir. Tak bolehlah. Kita pun kena ada  peranan. Kita kena buat kerja untuk majukan negeri yang kita pimpin.  Barulah orang tengok kita dan percaya.
Ana bagi contoh, Pada tahun 2011, peruntukan yang diluluskan adalah berjumlah RM346.40 juta dan sejumlah RM285.61 juta atau 82.5% daripada jumlah peruntukan telah dibelanjakan oleh 9

Jabatan sehingga akhir tahun 2011.
82 % sahaja. Awat kita tak habihkan peruntukan ni? Ini sudah bulan 10.  Biaq pi lah kalau lebih 100 % pun. Baru depa tahun kita jaga negeri  macamana. Ada dua Jabatan yang belanja duit jauh kurang daripada yang  sepatutnya.
– Jabatan Perbendaharaan Negeri (belanja setakat 55% sahaja). Kerajaan  Persekutuan peruntuk 39 juta. Kita belanja 21 juta. Pasai apa? Di mana  masalahnya ni? – Pegawai Kewangan Negeri (bekalan air). Peruntukan 50 juta. Kita baru belanja RM24 juta. Pasai apa? Di mana masalahnya?
Yang lain nampak baguih. Macam Jabatan Kerja Raya, Jabatan Perhutanan – semua berjaya nak perabih. Inilah contohnya.
Ana minta YAB kita beritahu kepada masyarakat Kedah pasai apa peruntukan kita tak habih guna. Kalau nak habih peruntukan pun tak berapa pandai;  baik suruh ana sahaja duduk di situ. Mudah aja ana perabih.
Pada tahun 2011, sebanyak 207 projek telah dirancang untuk dilaksanakan oleh 9 Jabatan/Pejabat. Pada keseluruhannya, sebanyak 177 projek telah siap dilaksanakan, 6 projek sedang dilaksana dan 24 projek belum dimulakan
Antara projek yang tidak dilaksana langsung:-
– Naik taraf Pusat Akuatik Gunung Kriang – Perbaiki rumah YB SUK Negeri
Pasai apa tak buat?
Rakyat pun nak tahu beberapa isu berkaitan pengurusan anak syarikat kerajaan negeri:-
Kedah Corporation Berhad (asyik rugi pasai apa? apa jadi projek di Papua New Guinea) – Kedah Corp: pinjaman berjumlah RM3.01 juta daripada 5 syarikat lain untuk menampung kos perbelanjaan di Papua New Guinea dibuat oleh Pengarah Urusan tanpa kelulusan Lembaga Pengarah di mana pinjaman tersebut dilakukan tanpa perjanjian pinjaman. Ini apa hukumnya? HALAL? – Projek Ternakan Udang Kerpan? Apa jadi? – Permodalan Kedah Berhad. Hak ni OK. Tahniah. – Kedah Bio Resources Corporation pun nampak ok. Tahniah.
Ana minta Kerajaan Negeri Kedah tengok semula lah segala kelemahan yang  ada. Jangan syok sendiri. Nampak salah orang. Tapi tak nampak salah  sendiri. Tak buleh la lagu tu. Kita pun kena jadi kerajaan yang lebih  baik. Bukan main hentam keromo ajer.