Dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), bekas Timbalan  Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa mengingatkan parti itu agar tidak  mengutamakan kuasa semata-mata sehinggakan sanggup meletakkan prinsip  Islam di tempat kedua.

Beliau yang juga ahli Majlis Syura Pas berkata, dalam konteks politik  hari ini, masalah perpecahan umat sering dilupakan sedangkan ia adalah  masalah utama yang perlu diselesaikan terlebih dahulu.

Menurutnya lagi, beliau turut berasa hairan mengapa usaha untuk  membincangkan masalah umat Islam terutamanya melibatkan dua parti  terbesar orang Melayu Islam iaitu parti Umno dan Pas sering dilihat  ‘taboo’.

“Jika umat Islam negara ini terus berpecah belah, apakah yang bakal  terjadi kepada umat untuk lima, 10 atau 15 tahun lagi? Adakah umat Islam tergelincir?

Ana nak menitik air mata pun ada bila Ustaz Nasha kita dah jadi macam ini. Kenapa Ustaz? Kenapa?

Dalam perjuangan, mana boleh kita ada rasa kecewa, merajuk dan sebagainya. Kita kena pentingkan jemaah. Ini yang Ustaz selalu cakap pada kami dahulu.

Kenapa sekarang pula Ustaz nak cakap pasal perpaduan? Kenapa sekarang?

Kenapa masa Ustaz duduk dalam Pas, Ustaz tak berani nak suarakan. Bila dah ramai orang kita yang pakai KIBLAT POLITIK SEGAMBUT, baru Ustaz nak cakap. Pak Sheikh kita sudah masuk dalam Pas. Baru Ustaz nak suarakan kebimbangan.

Ini bukan soal perpaduan lagi Ustaz. Ini soal menang pilihanraya. Takkan benda simple macam itu pun Ustaz tak boleh nak pertahan.

Pada ana, kita jangan pecat Ustaz Nasha pasal isu ini. Biar dia. Sampai dia sendiri letak jawatan, baru kita ulas lagi panjang. Ada kawan-kawan yang dekat dengan Ustaz, katanya Ustaz Nasha adalah antara individu yang diberikan kebebasan memilih kawasan Parlimen. Orang lain nak dapat satu pun susah. Ustaz Nasha ditawarkan tiga kawasan. Semuanya kawasan KL.

Pada ana, Ustaz Nasha bukan tak sayang Pas. Tapi Ustaz Nasha lebih sayangkan poketnya sendiri. Itu sahaja. Ana harap, pandangan ana ini salah.

Ana nak cakap benda sama pada Ustaz.

Utamakan ISLAM – bukan duit ringgit.