Ana mendapat satu email yang panjang, secara terperinci mengulas mengenai suasana politik semasa. Daripada info yang ana dapat rungkai, penulis email ini budak muda, baru sahaja diterima masuk bekerja dengan sebuah syarikat terkenal di Perak. Hebat juga budaknya. Terdidik. Memang budak Pas sejak dari universiti. Bergiat sangat aktif dengan gerakan pelajar sewaktu di luar negara. Alhamdulillah, ana tumpang bangga.
Tapi apa yang buat ana gusar sedikit adalah apabila dia sendiri khuatir dengan perkembangan politik Pas. Dia mengungkap bagaimana dia semakin merasakan Pas sudah menjadi sebuah parti politik yang tidak lagi mengutamakan Islam sebagai perjuangan.
Apa yang dia link kan kepada ana lebih merisaukan.
Dia copy paste dalam bahasa omputeh.
A Christian pastor is  among several activists who have been helping PAS to gain a foothold in a town in Sabah in time for the next general election.

Francis Singoron is mobilising support to ensure victory for the  Islamic party which is expected to field its candidate in Pitas, a state constituency and a town in Kudat on the northern part of Sabah.

Francis is helped by fellow Christians, Ondon Mangajil and Rakilin  Mahuda @ Melvin, two of his comrades in PAS Supporters’ Wing, the  party’s non-Muslim wing.

Some 60 percent of the voters in Pitas are Muslim, while the  remaining are made up of the Kadazan, Dusun and Murut communities, who  are largely Christian.

For Francis, he decided to throw his support behind PAS after being  convinced that the party never sidelined the non-Muslims and embraced a  policy of peaceful co-existence among adherents of various religions.

His view is echoed by Melvin.

“My friends from PAS, from the top to the bottom ranks of the party,  treat me as equal,” said Melvin, a resident of Selangor who decided to  return to his home state to help PAS with pre-election works.

Dia kata dia dapat ini daripada portal Malaysia Chronicle. Portal pro kita. Pro Pakatan Rakyat.
Penulis itu bertanyakan ana beberapa perkara:-

  1. Apakah kepimpinan Pas memang bersetuju dengan gerakan politik yang begini sifatnya. Kita mempunyai kalangan penggerak di kalangan penganut Kristian di Sabah?
  2. Sejauh mana berkesannya gerakan kita dengan menggunakan tenaga mubaligh/paderi Kristian ini?
  3. Tidakkah janggal apabila sebuah parti Islam menggunakan orang kafir sebagai penggerak?
  4. Bagaimana pandangan Majlis Syura mengenai hal ini.

Ana nak ingatkan Bro Jimi, nama samaran agaknya, bahawa ana bukan suara kepimpinan Pas. Ana suara ahli biasa macam dia juga. Ana tak ada lah akses yang siap sampai ke Presiden/Timbalan Presiden Pas. Ana ada lah kawan dengan beberapa kepimpinan. Tetapi tidaklah rapat.

Pada ana, situasi politik sekarang menuntut kita untuk jadi lebih terbuka. Tak boleh kolot dan konservatif sangat. Masuk gereja tak boleh. Tengok salib haram. Minum air dalam gereja takut terminum Holy Water. Takut jadi macam jubah Kristian.

Kita kena terbuka. Sekurang-kurangnya itu yang ana faham. Terbuka dan boleh meletakkan perjuangan Islam kita sedikit ke belakang. Baru lah kita boleh maju lebih jauh dalam politik.

Ana ingatkan Bro Jimi, kita menang di Selangor tahun 2008, apabila kebanyakan GEREJA ambil keputusan untuk bersama dengan Pakatan Rakyat. Ini sangat jelas. Walaupun Pas hanya menang di kerusi majoriti Melayu – tapi kita tidak boleh nafikan GEREJA banyak berperanan dalam kemajuan politik kita.

Bab takut kerjasama dengan Kristian ini kerisauan orang lama. Konservatif. Kita kena pegang halatuju baru.

Yang ana faham, pada ketika ini, kita fokus kepada kuasa politik. Itu yang utama.

# ana minta maaf kalau tak dapat jawab soalan Bro Jimi. ana hanya penulis blogger separuh masa. lain masa ana kerja juga. bini ada dua. dua-dua kena jaga sheikh.

Advertisements