Ana pagi ni hilang selera nak sarapan. Hilang. Bila tengok muka hadapan Berita Harian, ana rasa nafsu makan ana masuk ke longkang. Bukan apa, teringat wajah Sasterawan Negara yang pernah menerbitkan buku yang ana anggap tahap sampah. Membayangkan betapa minda Sasterawan Negara ni pun kadang-kadang bukannya betul sangat. Kalau ikut tempat ana, orang panggil kurang ajar.

Pada ana, walaupun mungkin berkongsi citarasa politik, SHIT karya Cikgu (layak ke dipanggil cikgu?) Shahnon memang ana benci tahap tertinggi. Benci. Pada ana novel tersebut sangat kotor dan biadab. Banyak-banyak cerita, nak cerita pasal NAJIS buat apa.

Hari ini, Sasterawan SHIT ini bersuara lagi. Dia kata, PAS tak tepati Islam. Muka depan Berita Harian.

Ana malas nak ulas apa yang dia cakap kita tak tepati Islam. Tapi perlu ke kita beri tumpuan kepada Sasterawan SHIT ini? Pada ana, kita ambil maklum sahajalah. Nak ikut sangat cakap dia bukannya boleh. Nyanyuk. Tak perlu ikut.

Ana hanya akan dapat respek Sasterawan SHIT ini kalau dia minta maaf dan kesal dengan perbuatannya. Samada kita mahu terima atau tidak, karya tahap SHIT ini tak beri untung politik pada kita pun. Mahathir menang besar PRU 1999. Menang besar. 2/3 majoriti. Tak ada kesan.

Di sebalik apa yang dikatakan SHIT (Sasterawan Hina Intelektual Terganggu) itu, ana rasa, kita ambil iktibar sahaja. Masalah kita, bukan DAP. Pada ana, masalah kita adalah sikap kita sendiri. Kita tak letak diri kita macam partner. Kita letak diri kita macam budak-budak. Itu yang orang nampak kita macam ikut cakap DAP sangat tu.

Kita perlukan pemimpin yang lebih tangkas, tegas, wibawa dan ada visi. Sayangnya, tak ramai yang ada semua tu dalam parti kita.

Kalau adapun, dalam ABIM. Tapi ABIM terlalu ikut Anwar. Masalah juga pada kita.

Buat Sasterawan SHIT. Duduk diam-diam boleh tak. Kami nak pakai Pak Samad sahaja. Sasterawan tahap SHIT kami tak mahu nak layan.

Advertisements