PKR oh PKR. Kalau ada satu parti yang baru, muda, kononnya progresif – tapi tak pernah sunyi daripada masalah – PKR lah partinya. Kita yang dalam kerabat Pakatan pun rasa dah muak dengan permainan politik sesama sendiri dalam PKR ni. Huru hara.

Mana tak huru hara, mana ada Timbalan Presiden parti, sanggup merendahkan diri dan bergaduh dengan Setiausaha Politik Menteri Besar. Mana ada? Tapi inilah yang dibuat oleh Azmin. Sibuk nak jatuhkan orang.

Ana memang tak nak campur dengan politik dalaman parti orang. Tapi pada ana, benda macam ini akan memberikan impak kepada politik PAS di Selangor. Bab ini yang ana cukup risau dan amat khuatir. Azmin, Khalid dan Faekah jangan fikir ini masalah peribadi mereka. Ini masalah pakatan rakyat – kalau tak pandai jaga.

Bila ana bersembang dengan beberapa ADUN PAS di Selangor, secara terus terang, mereka kata Khalid dan Faekah adalah gandingan yang baik dan mantap. Mudah didekati dan sanggup membantu PAS dalam apa sahaja keadaan. Pada ana, ini satu kelebihan kepada pakatan. Tapi kalau Azmin asyik nak ganggu pentadbiran, susah la jadinya. Azmin main politik Gestapo – ugut dan propaganda. Stail ini stail lama Min. Buat sesak nafas Pakatan sahaja.

PAS pada 2008, tanding di 19 kerusi. Menang 8. Kalau perangai Azmin tak berubah – ana rasa harus melingkup 5 lagi kerusi DUN PAS di Selangor. Azmin tak pernah fikir ke?

Pasal apa ana kata perangai Azmin ada kesan kepada PAS? Sebab orang semakin tak percaya, gelakkan kita kalau PKR main ‘cantas-mencantas’ sama sendiri. Percayalah cakap ana.

Kita tengok 8 kawasan yang kita menang:-

– GOMBAK SETIA
– HULU KELANG
– CEMPAKA
– LEMBAH JAYA
– BANGI
– MERU
– SELAT KELANG
– SIJANGKANG

Berdasarkan pandangan kawan-kawan, GOMBAK SETIA, HULU KELANG, LEMBAH JAYA, SIJANGKANG dan MERU – adalah kawasan yang boleh kalah jika Azmin naik hantu. 2 kawasan PAS dalam Parlimen Azmin pun lingkup. Ini Azmin kena fikir sama.

Kami minta sangat, YB Azmin berubah sikap. Minta maaf daripada MB dan Faekah. Salam. Lepas tu mula tumpu kepada PR. Boleh gitu YB? Ikut lah contoh AZWAN ALI, yang pandai minta maaf bila buat silap.

Advertisements