Ana dah tulis, sms, hantar surat, bagi info dalam facebook dan twitter, banyak kali beritahu, sudah-sudahlah kita gunakan Tamrin Ghafar sebagai penceramah utama dalam siri ceramah kita. Pada ana cukup buang masa. Tak beri kesan positif pun. Menjahanam lagi ada.

Kita kena ada keyakinan, bahawa orang kita, yang melalui latihan, tarbiyah, latihan politik kita lebih layak jadi penceramah utama. Ana ikhlas ni. Sebabnya, ana yang dengar pandangan orang-orang di bawah.

Ada jemaah yang cakap, mulut Tamrin itu busuk dengan rezeki UMNO yang pernah dia telan. Perut boroi Tamrin itu kembong dengan rasuah peribadi dan akhlak buruk. Bini Tamrin sendiri – bukan setakat tak pakai HIJAB; malahan boleh senang lenang pakai seluar pendek HOT PANTS di Bangsar. Orang macam ini kita letak di atas pentas Pas. Nak melingkup?

Ana kadang-kadang jadi lemas dengan sikap orang kita. Suka sangat nak meletakkan orang separuh masak sebagai penceramah. Bob Lokman. Tamrin Ghafar. Abby Adabi. Hairie Othman. Semua mereka ini pernah togok air syaitan macam air mineral. Sekarang mereka nak nasihatkan kita tentang agama? Where got road?

Lagi satu, ceramah nak serang Tun Mahathir untuk dapat undi ni, pada ana buang masa. Dia bukan PM lagi. Serang dia, nak buat kejadah apanya. Buang masa.

Ana minta sangatlah, kita kaji baliklah keberkesanan bagi Tamrin Ghafar ni berucap di pentas Pas. Pada ana, ini semua tidak membantu kita. Baik-baik kita dapat undi, tengok muka Tamrin, langsung orang jelak dan jemu.