Pada ana lah, ini pada pandangan ana, dalam isu Pengerang ini, PAS tak perlu nak bangkang berlebih-lebih. Kita kena bijak. Ana pun turun sama dalam rali tempohari. Ana tak ada lah nak berkepit dengan cina DAP sepanjang masa. Baik ana dan kawan-kawan blogger jumpa orang kampung, dapatkan pandangan mereka. Lebih bermakna. Lebih ana dapat rasakan apa yang dia orang rasa dan fikir.

Dalam pertemuan ana dengan orang kampung, ana pergi dua buah kampung. Ana interview 17 orang kampung. Tak ramai. Tapi ana nak tahu pandangan umum mereka.

15 kata mereka terima baik program Kerajaan Negeri. Betul, mereka terpaksa berpindah, tapi hanya lebih kurang 3 kilometer daripada kawasan mereka sekarang. Diberikan pula tanah pertanian.

1 orang responden kata – dia terima tunai. Selepas itu, anak dia akan bawa dia ke Kuala Lumpur. Tinggal di Puchong.

1 orang responden kata – dia sudahpun terima pampasan. Memang kalau boleh dia nak pampasan lebih tinggi, tapi apa yang dapat itu, dia sudah amat bersyukur.

Ana jadi pening bila dapat maklum balas macam ini. Ana cuma terfikir, samada kita, PAS, sudah membuat keputusan untuk membantah projek ini.

Sebab itu, bila Chua Jui Meng (PKR Johor) beria-ia jerit nak batalkan projek ini, ana geleng kepala. Chua Jui Meng tak bijak. Dia gunakan sentimen orang yang dah lama mati. Pindah kubur itu biasa dibuat. Di kampung ana dulu pun ada sahaja orang pindahkan kubur. Tak jadi isu pun.

Sekali imbas, ana rasa, isu Pengerang tak bawa kita ke mana-mana. Tak bantu kita menang undi pun. Kita nak bawa isu Pengerang seluruh Johor pun belum tentu ada kesan. Sebabnya, orang Melayu Johor – kalau sebut Petronas, dia orang memang hormat dan suka. Pada mereka, Petronas itu simbol perjuangan orang Melayu. Kita kutuk Petronas, bukan kita dapat undi, kita buang undi.

Sebab itu apabila Chua Jui Meng kutuk Petronas tak ingat dunia – orang Melayu boleh geleng kepala. Perangai komunis. Semua salah. Semua nak hancurkan.

Ana nak cadang kita perjuang dan bangkitkan isu MERSING LAGUNA. Ana dengar lagi sedap isu ini. Ada komisen ratusan juta. Kenapa kita tak nak main?

Pada ana, Pengerang ini tak kuat macam isu Lynas. Tak kuat. Pakatan Rakyat silap besar kalau nak main isu ini. Isu MERSING LAGUNA – kalau kita main; ada orang yak tak TIDUR MALAM beb. Percayalah. Ana tengah korek ini cerita.

Siapa minta komisen? Siapa Sara Timur Radiant Sdn Bhd? Siapa masyuk? Siapa makan atas angin? Siapa cadang? Siapa batal? Siapa kecewa? Siapa gelak ketawa? Siapa menangis melutut? Siapa kejam? Siapa derhaka? Siapa khianat? Semua ada dalam MERSING LAGUNA. Siapa nampak garang; tapi hati kecik macam semut? Siapa gila projek? Siapa makan hak rakyat?

Advertisements