Dato’ Seri Ali Hamsa yang dihormati,
Ana nak sampaikan rasa kecewa yang teramat sangat dengan sikap Dato’ Seri yang mengheboh-hebohkan benda yang sangat trivial dan tidak mendatangkan kebaikan kepada Negara pun. Ana bukan apa, kami mengharapkan perlantikan Dato’ Seri akan merubah suasana perkhidmatan awam di Malaysia. Nampaknya, Dato’ Seri masih lagi berada di dalam kepompong pemikiran lama dan tidak matang.
Saya cukup khuatir, perangai BODEK dan AMPU yang sudah menjadi amalan KSN sebelum ini masih menjadi budaya di dalam pejabat Dato’ Seri. Cukup-cukuplah dengan budaya bodek dan ampu. KSN wajar mempunyai pemikiran sendiri, independen dan berani menyatakan kebenaran. Sebagai seorang anggota kabinet, Dato’ Seri mempunyai tanggungjawab dan amanah untuk melakukan perkara yang lebih baik.
Saya kecewa apabila 23 orang KSU (sepatutnya menjadi orang kanan perkhidmatan awam) menjadi kalangan yang galak berada di dalam parade, atas nama menyatakan semangat patriotisme. Bukan begitu caranya Dato’ Seri.
Rakyat mengharapkan kalangan KSU mempunyai pemikiran yang lebih berani dan matang. Bukannya menjadi kuda tunggangan kepada government of the day.
Dato’ Seri,
Rakyat di bawah mengharapkan KSN/kalangan KSU yang lebih mampu membawa amanah negara. Bukannya mereka yang hanya hebat membodek dan mengampu kepimpinan. Kalau setakat berarak dalam Hari Kebangsaan – sekolah anak saya pun menghantar wakil setiap tahun dengan jumlah yang jauh lebih ramai.
Apalah yang nak dibanggakan sangat dengan perarakan 23 orang KSU yang tak pernah pun menghargai masalah rakyat di bawah. KSU/KSN yang lebih banyak tersengih dan tidak profesional.
Sebagai pembayar cukai, izinkan saya menyampaikan kekecewaan saya dengan insiden yang begini sifatnya. Ianya satu penghinaan kepada kedudukan jawatan KSN/KSU. Memalukan.
Saya sertakan laporan The Star:-
The record saw a total of 23 secretaries-general from 25 ministries and  government departments joining forces to participate in the parade,  which was held in conjunction with the country’s 55th Independence Day  celebration at Dataran Merdeka, Kuala Lumpur on Aug 31.
Chief Secretary to the Government Datuk Seri Dr Ali Hamsareceived the certificate, on behalf of the Prime Minister’s Department, at his office here Monday.

The certificate was presented by The Malaysia Book of Records founder and managing director Datuk Danny Ooi.

The Malaysia Book of Records, a non-profit organisation launched in July  1995, documents and records performance, endurance, speed and uniqueness among others achieved by Malaysians.

The records are compiled every two years for publication.
Dato’ Seri,
Insaflah. Insaflah. Insaflah. Insaflah dengan amanah besar yang dikendong. Jangan syok sendiri. Jangan khianat dengan amanah rakyat.
Dengan gaya bahasa Karpal Singh – ingin saya sampaikan:-

– Dato’ Seri dan rakan-rakan KSU perlu bertaubat.

Advertisements