Ana terdengar aduan rakan-rakan di peringkat kepimpinan parti, yang berasa sangat kecewa kerana tidak diberikan peluang untuk melihat perincian belanjawan yang dibentangkan oleh Anwar.

Pelik. Kerana biasanya, belanjawan akan dibawa terlebih dahulu kepada Majlis Syura untuk dinilai, diperinci dan diperhati. Sayangnya, kali ini, ia tidak berlaku. Nampaknya belanjawan sudah dibulldoze oleh beberapa orang pemimpin Pas pusat.

Kenapa jadi begitu?

Kenapa Majlis Syura dinafikan hak biasa untuk melihat belanjawan PR?

Kenapa takut?

Kenapa nak elak Majlis Syura?

Dikhabarkan bahawa, hanya Dr Dzulkefli dan Dr Hatta sahaja yang diberikan hak untuk melihat bagi pihak Pas. Mahfuz, Salahuddin dah tengok dahulu. Tapi, kenapa tidak melalui saluran biasa Pas?

Ana dikhabarkan juga seorang ahli ekonomi, kali ini adalah belanjawan PR yang paling buruk, paling lemah dan tidak kompetitif dengan belanjawan Najib. Menurut ahli ekonomi itu juga, tidak ada nilai Pas di dalam bajet tersebut. Semuanya DAP dan PKR. Melampau depa ni.

Ana juga dimaklumkan bahawa, hanya seorang budak perempuan Cina yang diberikan tanggungjawab untuk menyusun belanjawan alternatif kali ini. Mana pergi ahli ekonomi lain? Mana pergi intelektual dalam Pas?

Ana rasa, sebagai belanjawan PR, ianya wajar mengisi sama keinginan Pas. Mana boleh main sendiri-sendiri macam ini.

Advertisements