Keputusan pilihan raya kampus bagi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)  menyaksikan kumpulan pro-M yang dikenali sebagai Gerakan Mahasiswa UKM  (GMUKM) kekal menguasai kampus itu. GMUKM menang di 19 kerusi berbanding kumpulan pro-Aspirasi yang hanya menang lapan kerusi. Calon bebas turut memenangi satu kerusi pada pilihan raya kampus itu kali ini.
GMUKM meletakkan calon mereka di 28 kerusi iaitu sembilan kerusi umum manakala 19 lagi di fakulti. Kemenangan majoriti itu sekaligus mengekalkan penguasaan Pro-M di kampus itu. Pada pilihan raya kampus tahun lalu, GMUKM menang 23 kerusi.
Jujur ana kata, apa yang berlaku ketika ini menyaksikan kemerosotan sokongan kepada kita. Ini kalau ana buat analisa jujur. Ana turun ke UIA. Ana turun ke UM. Ana turun ke UKM. Ana nak rasa apa sebenarnya yang anak muda kita cakap dan rasai.
Ana boleh buat beberapa kesimpulan umum, ini analisa tak hebat macam UMCEDEL:-

  • Mahasiswa melihat PAS sebagai parti yang kurang visi. Tak ada pemimpin yang boleh dijadikan IKON.
  • Mereka suka dengan Anwar, tapi tidak percaya seratus peratus. Anwar terlalu rapat dengan DAP, berbanding PAS.
  • Kita masih lagi guna cadre cara lama. Tak berkembang.
  • Kekurangan dana untuk PRK. PKR lebih kelihatan membantu dalam kewangan. Mana pergi kepimpinan tertinggi PAS?
  • Najib semakin mampu menarik minat orang muda;
  • Kalangan pensyarah juga semakin kuat menyokong kerajaan.
  • Pakatan Rakyat tidak menyerlah merapati anak muda.

Analisa umum patut buka mata kita. Jangan syok sendiri. Kita dok kata orang muda sokong kita, tapi hakikatnya tidak.

Ana cadang, kepimpinan PAS buat post-mortem segera mengenai gerakan kita di kalangan mahasiswa. Nampak makin longlai.

Advertisements