Ana naik kesian pun ada dengan apa yang berlaku kepada Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Mansor Othman yang secara jelas kantoi menipu. Cocky. Arrogant. Sombong. Tokong. Semua lebih kurang makna. Habis terkantoi.
Ana kurang tengok Tv3, tapi semalam memang ana terpaku. Sampai tahap itu Tv3 boleh cari bukti. Jangan main-main. Ana takut kalau ada lagi rakaman perbualan sesama kita dalam Pas yang orang hantar ke Tv3. Ana rasa, ada sahaja kita mengutuk DAP dan Anwar dalam mesyuarat tertutup. Kalau dibuatnya ada yang rakam. Ke laut kita.
Pada ana, Mansor Othman kena buat perkara yang baik. Letak jawatan sahaja. Malu menipu ni memang malu. Tapi perkara yang bermaruah adalah untuk letak jawatan. Jangan tarik PKR dan PAS ke dalam masalah peribadi dia dan DAP. Dia nak bergaduh dengan DAP silakan. Tapi jangan tarik PAS.
Baru-baru ini, Guan Eng pun puji Pas. ‘Syabas PAS kerana berjaya mempertahankan indentiti perjuangan  sehingga 60 tahun walaupun terpaksa mengalami pahit maung, sepak  terajang politik, fitnah yang melampau dan sebagainya kata Setiausaha  Agung DAP, Lim Guan Eng.

Beliau bangga dengan PAS kerana bersikap matang dan tidak cepat  melatah bila berhadapan dengan isu yang memburukan emej PAS atau siapa  sahaja yang menjadi teman seperjuangan dalam setiap kali diadakan  persefahaman politik.

Pujian Guan Eng, yang dianggap tokong politik ini memang kita ucap terima kasih. Kita sanjung. Ini komitmen sahabat lama politik.

Masalah dengan PKR Pulau Pinang ini adalah mereka pun sama sombong dengan DAP. Tak mahu nak beralah. Tak macam kita dalam Pas yang sedia nak beralah. Mansor yang sombong juga tak membantu DAP untuk jangka masa panjang. Hancur.

Nasihat buat Mansor – letak jawatan. Bagi pada orang lain. Naikkan Malik Kasim sebagai TKM. Pegang portfolio sama. Habis cerita.