Ana terdengar angin sepoi-sepoi bahasa di Pulau Pinang – bahawa kita akan mendapat beberapa orang calon reject UMNO dalam PRU yang akan datang. Ana tak tahu lah samada ini satu berita yang baik kepada parti ataupun tidak, tapi bunyinya macam baik.

Ana dimaklumkan, usaha sedang dijalankan untuk mengenengahkan beberapa nama calon reject shop UMNO untuk mewakili PAS dalam PRU yang akan datang. Calon reject shop UMNO ini datang dalam pelbagai kapasiti. Ada bekas Menteri. Ada bekas Polis. Ada bekas Tentera. Bekas peliwat sahaja tak ada. Ana gurau sahaja sheikh. Tak akan bergurau pun tak boleh. Aiseyman. Jangan serius sangat.

Ana dengar cerita, ada satu rundingan besar-besaran akan dilangsungkan dalam masa terdekat. Beberapa individu yang berminat untuk mempertahan ego politik diri sendiri, sudah meminta lorong daripada Pas untuk bertanding di beberapa kawasan.

Pandangan ana mudah sahaja. Kalau UMNO tak hendak, tak akan kita nak ambik? Bahaya sheikh. Ini semua kumpulan penyamun ni. Kalau tanpa RM mana dia orang nak lompat. Trend macam ini pada ana tak sihat. Kena hati-hati.

Semua orang tahu, di Tasek Gelugor pada PRU 2008, banyak isu dalaman. Tak puas hati. Mamu Pak Lah Al-Hadhari Al-Tiduri Al-Khairy Jamaluddin, sudahpun mengarahkan UMNO Tasek Gelugor menentukan kemenangan Mamu Nor Mohamed Yakcop. Bertempiaran orang UMNO sokong Mamu Nor. Al maklum, Menteri Kewangan Dua. Banyak projek dan saham yang boleh dikongsi dengan pengundi. Kita tengok kes Setiausaha Politik dia pun kita tahu, berapa kuat dia punya songlap.

Kali ini, Mamu Nor nak bertanding lagi. Mamu Nor nak jadi Menteri lagi. Mamu Nor nak jaga peti dan uncang emas lagi.

UMNO sudah tak berapa berkenan dengan Mamu. Banyak kes. SUPOL dia korup. Takkan boss pulak bersih. Rasanya sesuai sangat Mamu Nor menghabiskan banyak masa di Masjid India.

Menurut cerita, kalau Mamu Nor tanding lagi; Abang Shariff kita akan bertanding atas kerusi Pas. Betulkah begitu? Boleh ke kita bagi kerusi pada Gangster Kampung Dusun di Gelugoq ni? Atas asas apa? Apa background pengajian Islam Abang Shariff kita ni?

Ana harap angin ni tak betoi. Ana harap sangat PAS akan utamakan calon tempatan. Calon kita. Bukan calon klon. Kalau klon pun, bagi lah yang elok sikit. Bagi kaki pukul nak buat menatang apa???