Ana tabik juga Mustafa Ali. Dia ni memang pada ana, antara segelintir pemikir dalam politik parti kita ini. Kalau tak ada Mustafa Ali, jenuh kita. Jenuh. Manakan tidak, kadangkala Mustafa sahaja yang boleh nampak cerita politik yang orang lain tak boleh nampak. Menyerang portfolio PM ini memang kerja mudah. Serang sini. Serang sana. Bukannya susah sangat.

Maka, semalam Mustafa Ali pun memberi komitmen bahawa kalau Pakatan Rakyat berkuasa, kita akan pisahkan antara jawatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan. Ana rasa ini cadangan yang sangat baik. Cuma orang mungkin bertanya kita, kalau Anwar jadi PM; siapa Menteri Kewangan?

Ana dok perhati, ada dua nama sahaja yang layak. Sayangnya, kedua-duanya bukan daripada parti kita.

1. Rafizi Ramli

– background bagus. ekonomi pun pandai. idea pun banyak. kalau mengikut kepada kebijaksanaan Rafizi sekarang, rasanya kita akan hidup makmur dan aman damai. Manakan tidak, semua benda murah dan percuma. – masalah Rafizi, dia terlalu mengikut perintah Anwar. apa bezanya dengan jawatan Perdana Menteri/Menteri Kewangan yang ada sekarang. sama. Tak ada beza

2. Tony Pua

– pada ana, ini adalah calon yang paling sesuai. Pengundi Cina akan pastinya suka dan mengundi kita sampai kiamat. Manakan tidak, ada seorang Menteri Kewangan Cina, tak pernah berlaku sebelum ini. – kalau sudah Tony Pua jadi Menteri Kewangan, bolehlah kita agaknya mengadu segala hal kemiskinan yang ada di Kelantan dan Kedah. Kita tengok macamana DAP nak bantu kita di Kedah dan Kelantan; – Tony Pua belajar ekonomi di universiti paling hebat di dunia.

Cumanya, bila Mustafa Ali cadang macam ini, dia dah check dulu dengan kerajaan kita di Kelantan dan Kedah?

Ana tengok, di Kedah, MB bagus punya pegang portfolio kewangan. Tak ada isu pun.

Sementara itu, portfolio Azizan turut kekal iaitu sebagai Pengerusi Jawatankuasa Perancang Ekonomi Negeri, Perancang Negeri, Hal Ehwal Tanah, Hasil Bumi dan Sumber Asli, Majlis Tindakan Negeri, Keselamatan Negeri, Kewangan dan syarikat Milik Kerajaan Negeri.

Lagi ganas.

Kalau orang UMNO tempelak kita nanti macamana nak jawab???

# ana tak sabar tunggu Menteri Kewangan Cina yang pandai macam Tony Pua.

Advertisements