PAS mewujudkan pasukan khas bagi menangani isu Projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (Rapid) di Pengerang Johor yang melibatkan pengambilan tanah penduduk oleh kerajaan.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub merangkap pengerusi pasukan khas tersebut berkata, PAS mahu menyelesaikan isu itu dengan segera selepas kerajaan bertindak mengambil tanah penduduk tanpa mempedulikan hak mereka.

“Hasil mesyuarat bulan ahli jawatankuasa PAS hari ini, PAS bersetuju tubuh ‘task force’ isu Rapid di Pengerang bagi membantu penduduk di Johor menyelesaikan isu yang semakin berlarutan ini,” kata beliau ketika ditemui di majlis rumah terbuka PAS Pusat di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru petang ini.

Ahli jawatankuasa PAS Pusat, Mazlan Aliman yang juga Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) dilantik sebgai timblan pengerusi pasukan khas tersebut.

Petronas merancang membina kilang petrokimia bernilai RM20 bilion bagi projek pembangunan hab industri minyak dan gas penapis gas di Pengerang yang diwakili Ahli Parlimen BN, Datuk Seri Azalina Othman Said.

Menurut seorang rakan ana di dalam Petronas, projek ini memang akan mendatangkan keuntungan ekonomi jangka panjang kepada Johor dan Malaysia. Projek yang teramat besar dan penting kepada negara. Ana diam sahaja.

Pada ana, kita hati-hatilah dengan isu RAPID ini. Hati-hati kerana penduduk khabarnya gembira dengan projek ini. Penduduk dapat wang tunai, dapat rumah baru. Bukan suruh pindah kosong macam itu sahaja. Segalanya ada harga. Perigi ada harga. Pokok rambutan ada rumah. Pokok durian ada rumah. Pokok nenas ada harga. Semuanya ada harga. Apa yang tak puas hati lagi, ana pun tak tahu.

Yang tak puas hati, menurut sesetengah pihak, adalah 20-30 orang saki baki Cina DAP yang tak puas hati. Pengundi Melayu semua OK. Apa nak jadi kita kalau perjuangkan benda yang tak berapa beri kita undi. Salahuddin ini mahu jadi apa?

Kalau benci Salahuddin, janganlah nak bagi mati politik dia. Apa dia nak cari? Projek ini diurus oleh Wan Zulkiflee, anak Melayu yang tak ada sejarah songlap dan ambik duit. Bersih dan dikatakan bakal mengantikan CEO yang ada. Ana cadang, kita cari isu lainlah.