PAS melancarkan manifesto ‘12 Tawaran PAS Sarawak: Membangun Sarawak Yang Maju dan Berkebajikan’ untuk ‘menakluki’ Sarawak menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang ini.

‘12 Tawaran PAS Sarawak’ yang dilancarkan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu, ialah menubuhkan Suruhanjaya Diraja Untuk Reformasi Tanah NCR Sarawak; Kemiskinan Sifar Tanpa Mengira Kaum.

PAS juga menawarkan Lebuh Raya Pan-Borneo Sebagai Lebuh Raya Terbaik; SCORE Sebagai Hab Tek-nologi Hijau Berinovatif; Sarawak Sebagai Agropolitan Pengeluar Makanan Utama Malaysia; Jalan Raya, Bekalan Elektrik dan Air Bersih Untuk Semua;

Dalam bidang pendidikan pula, Capaian Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Semua; Meningkatkan Ro-yalti Hasil Petroleum Sarawak Kepada 20 peratus; Tabung Warisan Petroleum Anak Sarawak; Tawaran Khas Untuk Golongan Wanita dan Tawaran Khas Untuk Golongan Muda.

Terjemahan praktikal

Abdul Hadi menyifatkan dokumen ‘12 Tawaran PAS Sarawak: Membangun Sarawak Yang Maju dan Berkebajikan’ adalah terjemahan praktikal Agenda Negara Berkebajikan yang diutarakan oleh PAS dalam konteks negeri Sarawak yang dipinggirkan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) di peringkat persekutuan sejak sekian lama.

—————————————–

Ana tak kisahlah kalau kita nak janji 40 tawaran sekalipun. Suka hati. Bukan kita nak buat pun kan? Saje saje janji. Ana cakap begini sebab, kita tak boleh pun nak tawan Sarawak. Jangan kita berbohong lah. Kalau ikut senario semasa, DAP dan PKR akan lebih dominan. Ana cakap ikhlas sahaja.

Tapi ana faham, DAP minta kita untuk dapatkan undi Melayu/Bumiputera di Sarawak. Kena bantu mereka. Tapi sejauh mana mereka pulak bantu kita di Semenanjung? Banyak? Dalam bentuk apa?

Jangan kita menggila bantu DAP, tapi depa tak bantu kita. Ini semua merosakkan kita juga. Ana cuma takut, kalau orang Sarawak tanya kita – apa dah kita buat di Kelantan dan Kedah?

Pada ana, elok kita tumpu kepada Kedah, Kelantan dan Terengganu sahaja. Sarawak ni kena usik-usik sahaja. Kalau DAP bagi kita tanding 5 kerusi, kita patut bantu bersungguh. Boleh ke mereka bagi kita 5 kerusi?

Jangan lupa, kita hanya dapat 9,700 undi dalam PRN Sarawak yang lalu. Tak sampai 10,000.