Mohd Sayuti Omar – FACEBOOK
“Azizan Razak seperti mana kata salah seorang pegawainya menafikan dasas desus kononnya mesyuarat Exco akan diadakan dihospital sebaliknya akan diadakan di Wisma Darul Aman seperti biasa. Yang jelasnya Azizan sakit dan masih dirawat di hospital.

Bagi saya tidak ada masalah kalau mesyuarat itu diadakan di mana hatta atas pokok sekali pun yang penting ia boleh dilaksanakan, Azizan larat untuk mengendalikannya. Yang mungkin menjadi masalah kalau mesyuarat Exco tak dapat diadakan maka banyaklah kerja tertangguh.

Daripada menafikan perkara2 begitu elok kalau Azizan berhenti dan serahkan tugas kepada orang lain. Beliau perlu sedar keperluan dan kepentingan rakyat lebih penting dan auliyat daripada kepenitngan dan hal-hal lain.

Bengong dengan orang politik ini walaupun sakit, lutut dah mamai mata dan berdener tetapi selagi boleh bercakap tetap hendak pegang jawatan dan sayang untuk melepaskan jawatan. Ramai yang pandai bercerita mengenai kisah-kisah para wali dan ulamak zaman dulu yang tolak jawatan kerana tidak mahu bersubahat dgn dunia tetapi bila terkena ke diri sendiri kisah yang diceritakan itu tidak berlaku langsung. Inilah dikatakan bijak berkata jahil berbuat. Hai…!”

Ana cuma nak letakkan apa yang dikatakan di kalangan kita orang PAS. Ini sentimen dan pandangan kita. Pemimpin yang dah sakit, lembik lutut, lemah syahwat, rabun mata, diabetik – patut letak sahaja jawatan. Jangan bagi parti ada dalam masalah.

Pada ana, Kedah ini kita nak menang. Nak menang, orang pahlawan di depan mesti gagah perkasa. Ini kalau MB pun dah tak berapa nampak, apa yang kita nak buat? Bikin sakit sahaja.

Kita kena ubah. Ana cadang pimpinan PAS buat mesyuarat segera. Buat ketetapan untuk tukar MB Kedah ini. Kena buat.

Kalau kita tak buat, kita akan jadi macam Indonesia. Zaman Gus Dur. Dia pemimpin. Tapi dipimpin. Jahanam. 

Susah sangat ke nak letak jawatan dan beri pada orang yang lebih sihat dan mampu.

Advertisements