Ana jadi cukup marah bila Rafizi (dalam perasmian NOW), mengatakan bahawa mereka juga akan melakukan siasatan kepada Kerajaan Pakatan Rakyat (termasuk Pas lah tu). Ini semua jalan nak menjahanam sama sendiri. Macamlah kita ni teruk sangat. Kita tahulah, kita tak pakai perkataan cekap, berakauntabiliti, dan transparen. Tapi jangan cuba nak ugut Pas konon nak siasat kita.

Kita dalam Pas faham sangat, ini semua kerja nak menaikkan diri sendiri. Dalam PKR itulah kerjanya. Saling bertikam sama sendiri. Dalam Pas kita kurang sikit budaya tikam menikam ni. Kita lebih sopan.

Ana nak ingatkan Rafizi, jangan nak rosakkan hubungan dengan kawan-kawan kerana nak naikkan diri sendiri. Ana dimaklumkan, antara fail awal yang sampai ke NOW adalah mengenai salahguna kuasa di Kelantan dan Kedah. Kurang ajar lah namanya tu!!!

Ana harap NOW ini tak jadi SENJATA MAKAN TUAN. Khususnya MAKAN PAS. Memang lakhanat la PKR kalau buat perangai macam itu.

Nak salur dana luar kepada NOW – kita persilakan. Jangan lupa kongsi dengan kita. Kita parti miskin.

Despite its PKR-links, the new transparency and anti-corruption watchdog National Oversight and Whistleblowers (NOW) has vowed to investigate all claims of corruption including those involving Pakatan Rakyat. “I will even investigate complaints against Pakatan. But they (the complainant) must have proof.

Ada orang PKR kata, NOW ini tempat Anwar nak ugut mana-mana kerajaan PR supaya tak melawan PKR di masa akan datang.

Semua skandal NOW akan kaji:-

  • Skandal tanah Pulau Pinang;
  • Skandal tanah di Kelantan
  • Skandal Air di Kelantan
  • Skandal Salah Guna Kuasa di Kedah.

Yang tak siasat, skandal Selangor. Mangkuk hayun punya NOW.

Advertisements