Pada ana, politik Nasharuddin ni politik budak nakal. Ada peluang nak balun parti. Ada peluang nak balun kita. Ada peluang nak kritik kita. Dia akan buat. Peduli apa dia samada parti akan baik atau teruk. Yang penting, pandangan dia dapat sampaikan. 

Bayangkan, pada ketika kita teruk berdepan menjawab isu DAP – Kafir Harbi, dia boleh relaks ajer naik kapal terbang jadi translator. Hampeh. Tak sayang parti langsung. Pada ana, ahli politik macam ini memang layak kena pecat sahaja. 

Nasha ni bukan ahli politik yang baik pun. Hancur. Tak pandai beri khidmat. Kita beri dia 3 peluang bertanding. 1999 bertanding di Yan, Kedah. Menang besar. Almaklum lawan dengan kuda tua UMNO yang tak ada kaki. Hancurlah mamat tu. Setakat buat lawak mamat tu pandailah. Steady kemenangan Nasha. 

Lepas Yan, penduduk dan pengundi protes, dia tak jaga masyarakat. Undi jadi turun. Kita pindahkan bertanding di Besut. Lawan Abdullah Mat Zain. Bungkus Nasha. Bungkus teruk. Dekat 10 ribu undi kalah. Kena. 

Kali ketiga, 2008, kita pindah dia ke Bachok, Kelantan. Menang elok. Kalahkan menteri UMNO. Steady. Tapi ini semua berlaku sebab sokongan Tok Guru yang total. Itu pun dia tak tahu nak berterima kasih. Apa punya #####?

Biarlah dia nak berkawan dengan UMNO pun. Kita patut pecat sahaja dia. Biar tertonggeng. Jangan bagi peluang. 

Pas kena jaga disiplin parti. Kena jaga sungguh-sungguh. Pemimpin yang macam ini tak ada ruang dalam Pas. Dalam PKR pun tak ada. Dalam DAP pun tak ada. Ingat tu!

Advertisements