Imej

Ahli-ahli DAP merupakan rakyat Malaysia yang menjunjung Perlembagaan negara yang menetapkan antaranya Islam sebagai agama Persekutuan.

DAP juga tidak menentang Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Agama bagi Malaysia dengan memberontak secara bersenjata.

Oleh itu, DAP merupakan  warga negara Malaysia yang taat.

Melabelkan DAP sebagai kafir harbi, iaitu istilah bagi bukan Islam di luar negara umat Islam, yang menentang secara bersenjata negara yang diperintah oleh umat Islam, adalah salah dan sangat tidak tepat serta menzalimi hak kerakyatan mereka.

Dalam konteks hubungan antara Parti Islam Se-Malaysia (PAS) yang menetapkan dasarnya al-Quran dan Sunnah dengan DAP yang mengikat janji sepakat atas nama Pakatan Rakyat, maka ahli-ahli DAP yang bukan Islam boleh dikategorikan sebagai kafir mu’ahid, iaitu istilah bagi bukan Islam yang berikat janji dengan orang Islam.

Malah ikatan janji antara PAS dan DAP ialah untuk menentang sebarang bentuk penyelewengan pengurusan negara, menentang kezaliman polisi-polisi pemerintahan negara, mempertahankan perlembagaan Malaysia yang menetapkan Islam sebagai agama Persekutuan.

Oleh itu, menyokong calon-calon pilihan raya DAP di kalangan bukan Islam yang bersepakat mengikat janji dengan Parti Islam Se-Malaysia dalam PRU13 nanti adalah tidak haram, malah ia bertepatan dengan prinsip siyasah syar’iyyah yang bermatlamat menolak dan menentang sebarang kezaliman dan penyalahgunaan kuasa dan menegakkan kebenaran.

Kita perlu pertahankan DAP dengan apa juga cara. Ingat tu. Kalau kita sudah mengikat janji, mesti setia dan ke akhirnya. Jangan jadi macam Ustaz Nasharuddin Mat Isa yang konar dan mula mengikut jalan lain kerana faktor kewangan. Agaknyalah.

Dalam konteks DAP, kita kena akur bahawa kita berkawan dalam suasana politik yang ada. Kita kawan. Kita mesti setia. Kita mesti bantu membantu. Kalau DAP perlu undi orang Melayu kepada parti itu, kita kena bantu walau dalam apa keadaan sekalipun. Takkan kita nak tinggal Kit Siang macam itu sahaja. Mana boleh. Karpal Singh – takkan kita nak buang macam itu sahaja? 

PAS memang selamanya rakan setia. Kita akan bersama. Sampai ke akhirnya.