Hahahaa….hahahahaha….gelak satu surau lepas tarawikh semalam apabila ada rakan yang memperkenalkan penterjemah rasmi PM yang baru. Hahahaaha..sampai Pak Imam pun pakat gelak. Itulah kuatnya magnet duit dan kuasa. Kalau dahulu, orang sama cakap pasal perjuangan, pasal Islam, pasal istiqamah, pasal menentang kezaliman, pasal mewujudkan keadilan – hari ini, kerana DUIT, sanggup jadi pak turut.

Jenis politik tak ada maruah beginilah. Asal sempat, rembat. Ada peluang, timba. Kita boleh agak betapa kaya rayanya mantan Timbalan Presiden kita selepas ini. Mabuk duit dibuatnya. Sanggup jadi macai. Perjuangan apa namanya ni.

Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK) meminta bekas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa menyatakan pendiriannya dengan jelas samada masih ingin bersama PAS atau membawa haluan yang bertentangan dengan kehendak parti.

“Jika beliau sudah tidak berminat bersama-sama dengan PAS, amatlah wajar untuk beliau meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Bachok daripada terus menerus mengkhianati amanah yang diberikan oleh rakyat Bachok di dalam PRU12 yang lalu,” kata Setiausahanya, Mohd Nuri Mat Yaacob dalam kenyataannya yang dihantar kepada Harakahdaily.

Beliau mengulas kenyataan Nasharudin  yang dikeluarkan oleh beliau seperti yang tersiar di dalam Buletin Utama TV3 hari ini di mana beliau mencadangkan agar PAS keluar dari Pakatan Rakyat jika DAP menentang hudud.

Beliau juga dilihat bersama-sama dengan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak di Mekah sedangkan pada awal Ramadhan lalu beliau telah pergi ke sana.

“DPPNK melihat cadangan beliau tersebut hanyalah mengulangi hujah-hujah yang diratib oleh pemimpin-pemimpin Umno selama ini.

Pada ana. JANGAN PECAT. Biar dia buat perangai macam tu. Kalau anak bini dia tak tahu malu. Dia boleh datang majlis kita.

Kita raikan dia dengan terbuka. Tengok samada jiwa Islam dia masih kuat.

Tapi, di sebalik semua ini, kita kena fikir – mereka dapat bekas TIMBALAN PRESIDEN kita….kita dapat TAMRIN GHAFAR. Aduhai…tak sesuai langsung. Sebab itu ana dah cakap awal, Tamrin ini pada ana SAMPAH MASYARAKAT sahaja. Tak perlu kita julang-julang. Betullah dia anak Tun Ghafar. Tapi apa pengaruh dia pada UMNO. Tak ada. Zero. Dia masuk PAS seorang dia sahaja. Ada 100 orang lain yang ikut dia? Ada?

Tamrin ini pada ana, tidak membantu kita pun. Sudahlah jiwa Islam dia kita ragui. Bini dia pun tak pakai tudung. Selambak aje rambut. Tapi kita julang dia macam wira yang masuk PAS.

Kita perlu letak standard sikit lah. Kalau Muhyiddin masuk PAS – baru lah kita julang. Ini Tamrin. Rasa nak muntah.