Seorang lagi tokoh Umno Sabah sedang berkira-kira untuk meninggalkan parti berkenaan dan mengumumkan sokongan kepada Pakatan Rakyat.

Menurut penulis blog politik, Mohd Sayuti Omar, tokoh itu yang merupakan anak negarawan Sabah bercadang untuk mengumumkan tindakan keluar parti semasa kunjungan Anwar Ibrahim kelmarin tetapi tidak jadi kenyataan kerana sebab-sebab tertentu.

Berikut ialah tulisan beliau di dalam blog http://www.msomelayu.blogspot.com/

Seorang lagi tokoh Umno Sabah sedang berkira untuk meninggalkan parti berkenaan dan mengumumkan sokongan kepada Pakatan Rakyat. Tokoh itu yang merupakan anak negarawan Sabah katanya bercadang untuk mengumumkan tindakan keluar parti semasa kunjungan Anwar Ibrahim semalam tetapi tidak jadi kenyataan kerana sebab-sebab tertentu.

Mungkin ia ada kena mengena dengan kunjungan pintas Najib Razak kelmarin. Namun begitu tidak ada maklumat mengesahkan apakah tokoh berkenaan ada bertemua dengan Najib.    Tindakan tokoh Umno ini akan menambahkan lagi goncangan politik di Sabah. Beliau yang merupakan tokoh boleh menarik sokongan Melayu akan memberi kesan besar kepada Umno. Penghijrahan beliau kelak akan menjadikan Umno Sabah ketiadaan tokoh veteran yang menjadi perintis asal Umno di negeri berkenaan.

Pada ana, Pas jangan terjebak dengan permainan ala-PKR ini. Setakat ini, berdasarkan maklum balas rakan-rakan di Sabah, tak ada perkembangan baik pun untuk Pas Sabah. PKR makin sombong. DAP makin rakus. Kumpulan yang menyertai PR pun semua terkenal sebagai kaki samun. Apa untungnya?

Pada ana, tak perlulah kita nak sambut-sambut, julang-julang, angkat-angkat orang yang begini. Buat merosak parti sahaja. Tak memberi sebarang impak positif pun. Kita pun tahu berapa banyak harta yang mereka kumpul sebelum ini. Nak berhijrah tak perlu bising-bising. Buat sahaja.

Apa kesan baik selepas Wilfred Boomerang dan Lajim Ukin keluar? Ada? Tak ada pun.

Advertisements