Imej

Ana tak faham dengan sikap Utusan yang ambil ulama’ nyanyuk untuk mengatakan undi DAP itu haram. Mana punya Ostat dia pakai pun ana tak tahu. Sekolah agama darjah berapa? Graduan Pengajian Islam? Graduan Syariah? Graduan Mesir? Graduan mana? Kalau setakat dapat Phd palsu daripada internet, jangan bawa lah imej Ustaz tu. Jelik orang melihatnya.

Ana banyak kali tulis di ruang ini, DAP rakan dan sekutu politik kita. Kita kena pertahan sekutu dan rakan kita. Ini basic. Takkan itu pun Ostat Utusan itu tak reti dan tak tahu. 

Macamana dia boleh buat analisa dan fatwa begitu pun ana tak faham. Tengok bagaimana Dr Asri naik angin dengan Ostat Utusan ni. Dr Asri sendiri mengakui bahawa mesti ada kaedah dalam kita menilai persahabatan dengan bukan Islam. Bukan main sedap mulut kata haram itu dan ini. Ini Ostat zaman mana? Zaman batu? 

wasiat Nabi صلی الله عليه وسلم kepada Mua’dz bin Jabal رضي الله عنه, beliau صلی الله عليه وسلم bersabda.“Artinya : …. Dan pergaulilah manusia dengan akhlak yang baik” [Hadits Riwayat Ahmad, Tirmidzi, Darimi]

Dalam hadits ini, Rasulullah صلی الله عليه وسلم tidak mengatakan “Pergaulilah kaum muslimin, atau orang-orang yang shalih, atau orang-orang yang mengerjakan shalat”, akan tetapi beliau mengatakan “ … dan pergaulilah manusia dengan akhlak yang baik”.

Maksudnya adalah semua menusia, yang kafir, yang muslim, yang mushlih (yang melakukan perbaikan), yang faajir (jahat) dan yang shalih, sebagai bentuk keluasan rahmat dan kelengkapannya dengan akhlak din (agama). “Tolong bagitahu kawan kita Umno, nabi dulu sampai sanggup berkawan rapat dengan orang bukan Islam demi menyebarkan dakwah Islam.

“Nabi sampai tahap mahu padam perkataan Rasulullah pada surat-surat yang dihantar kepada orang bukan Islam agar tidak menyekat mesej dakwah sampai kepada mereka,” katanya yang juga menteri besar Kelantan.

Minta maaflah, ana tak respek Ostat Upahan. Pandangan tak menyeluruh. 

Tema Sebenar Merdeka di Kelantan dan Kedah – ‘MERDEKA DENGAN HUDUD; MAJU DENGAN ISLAM’. Ini yang sepatutnya kita bawa kepada Anwar dan Kit Siang. Tapi kena tolak awal-awal. 

Ana pun tak tahu macamana ana nak SEJIWA dengan Karpal Singh. Macamana nak SEBANGSA dengan Guan Eng. Tapi ana dan kawan-kawan lebih suka tema khas untuk PAS. Pada ana, tema ini lagi mengancam. Apa kata anda?