Imej

Pendakwah bebas Ustaz Akhil Hayy menasihati golongan artis yang baru berhijrah dan kembali mendekati agama Islam supaya berhati-hati agar tidak dipergunakan oleh ahli politik yang tidak bertanggungjawab.

 Akhil atau nama sebenarnya Akhil Abdul Hai berkata, keadaan itu sering berlaku tanpa disedari bagi kebanyakan artis yang baru berhijrah di mana ia bermula dengan jemputan menghadiri sesebuah taklimat untuk berkongsi kisah perubahan diri masing-masing. “Kalau saya cakap, pasti ada pihak yang marah nanti.

Tetapi ia pernah berlaku kepada diri saya ketika mula-mula penghijrahan saya dulu di mana ada sesetengah pihak yang menggunakan saya kononnya untuk ditemu bual dalam sesebuah taklimat. “Lain pula jadinya apabila majlis taklimat yang dianjurkan itu akan berubah menjadi kempen menyerang mana-mana parti yang tidak disukai mereka. “Memang digalakkan untuk berkongsi pengalaman hijrah kita kerana ia juga salah satu permulaan dakwah, tetapi kita mesti bijak menyampaikan kata-kata tanpa sebarang pengaruh daripada persekitaran yang mungkin menekankan isu-isu politik,” katanya.

 Tambah Akhil, tidak salah sekiranya seseorang artis itu menyokong mana-mana parti politik sama ada Umno, Parti Keadilan Rakyat (PKR) atau PAS kerana ia adalah hak masing-masing. Bagaimanapun, golongan artis yang berhijrah ini diminta untuk berhati-hati dan berfikirlah adakah motif penghijrahan itu untuk mendalami ilmu-ilmu agama yang tercicir dahulu atau mahu memperjuangkan politik?

 “Saya rasa, usahlah kita beria-ia berkempen tentang hal politik kerana itu bukanlah kepakaran kita. “Walaupun Islam ada perjuangan politiknya, tetapi sebagai umat Islam yang kembali ke fitrah asal, biarlah kita mendalami ilmu agama terlebih dulu sebelum ingin berdakwah atau membetulkan kesalahan orang lain.

 “Saya faham, apabila sudah berubah ke landasan yang betul, terdapat satu semangat dan ketenangan yang membuatkan seseorang itu begitu berkobar-kobar mahu berkongsi perasaan itu. “Saya juga begitu, tetapi seperti yang saya katakan, dalami ilmu agama Islam itu secukup-cukupnya sebelum melangkah ke fasa lain pula,” ujarnya. 

Inilah orangnya yang tidak mengenang budi, waktu miskin papa kedana, di pentas PAS lah dia menyalak mengutuk kerajaan. Nak dapatkan duit barang seguni dua. Kali ini, setelah glamer, kahwin bini muda, konon mengatakan PAS adalah kumpulan yang TIDAK bertanggungjawab. APA PUNYA USTAZ NI? Cakap tak serupa bikin. 

Kita ucap tahniahlah, sebab sekarang dia dah kaya. Dapat kontrak dengan Astro. Jumlah jutaan ringgit. Tapi jangan nak hina PAS macam ini. Akhil Hayy lupa siapa dia waktu kuat tekan balut? Bukankah PAS yang sembuhkan dia? Bukankah PAS yang bantu dia? Tapi bila dah senang, banyak cakap la pulak. 

Cakap siang pandang-pandang. Cakap malam dengar-dengar. Sekali gua lambak gambar lu layan balut nanti…terkangkang.