ImejrKerajaan Selangor hanya akan membuat keputusan sama ada membubarkan Dewan Undangan Negeri (Dun) serentak atau berasingan dengan Kerajaan Persekutuan, selepas menilai keberkesanan Program Pengukuhan Demokrasi yang dijalankan.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, Program Pengukuhan Demokrasi itu kini masih berjalan di seluruh Dun di negeri ini dan sebahagiannya telah selesai.

“Sebab utama kita belum buat keputusan (bubar DUN serentak atau tidak) kerana kita mahu memastikan pengundi dalam daftar pemilih SPR benar-benar bersih dan sebab itu juga kita wujudkan Program Pengukuhan Demokrasi ini,” ujarnya.

“Setakat ini 29 daripada 56 DUN sudah kita terima maklumat selepas terlibat dengan Program Pengukuhan Demokrasi, manakala bakinya belum lagi,” katanya kepada Keadilandaily.

Sehubungan itu kata Khalid, mesyuarat khas mengenainya akan diadakan pada 17 Ogos ini bersama Unit Perancang Ekonomi Negeri (Upen) dan kumpulan berkaitan.

Keputusan Pilihan Raya Umum Ke-12 : Selangor

 

BN

Pas

DAP

PKR

Bebas

PRM
Parlimen 5
(22)
4
(7)
4
(4)
9
(11)
0
(1)
0
(1)

 

 

BN

Pas

DAP

PKR

Bebas
DUN 20
(56)
8
(19)
13
(15)
15
(20)
0
(2)

Pada ana, lebih baik kita pilihanraya sekali harung. Jangan tangguh. Takut kalau tangguh, lagi teruk kita kena. Ana tahulah PKR tak ada masalah kewangan. Semua settle. Beratus juta ada dalam akaun. PAS macamana?

Ana letih bila kawan-kawan dalam pakatan ni buat keputusan tak pernah nak bincang. Ana ada sms YB kita di Selangor – tanya apakah mereka dimaklumkan mengenai strategi tangguh pilihanraya ini? Mereka kata tak ada. Semua MB buat keputusan di atas nasihat As Sheikh Anwar. Payah la macam ini. 

Ana respek Anwar, tapi janganlah menyusahkan kawan-kawan. Ana harap sangat, kali ini, beri PAS tanding lebih banyak kerusi DUN di Selangor. Jangan PKR nak bolot semua. Bagi kita lebih. Barulah ada semangat pakatan. 

Sekali imbas, ana dah kira, PAS boleh menang di 14 kerusi (kalau dapat bantuan kewangan cukup). 14 tu bang. Boleh tahan. Kurang satu daripada DAP. Barulah adil dan mantap. 

Untuk dapat 14 kerusi, elok PAS tanding di sekurang-kurangnya 24 kerusi. Tambah 5 sahaja daripada dulu. Tak kan tak boleh. 

Ana juga cadangkan, kita adakan kerusi “pakatan” sebenar. PAS tanding kawasan DAP. DAP tanding kawasan Melayu. Kita jadikan ini model politik baru. Amacam? Ada bran?

Advertisements