ImejBukan main lagi Utusan Malaysia mewawancara beberapa pemimpin ‘cikai’ PAS di akar umbi. Cakap pasal Hudud macam mereka lah alim ulama’ yang paling terel dalam dunia. Penat lah PAS kalau macam ni, kalau ahli parti pun dah kurang disiplin. Mendahului TOK TOK GURU yang menjadi pedoman kita dalam banyak isu yang berkait dengan polisi dan dasar. Hudud ini bukan isu kecil. Isu besar. Boleh roboh bangunan dibuatnya. 

Pada ana, kita kena tengok matlamat dan hadaf kita. Kalau kita nak ke Putrajaya, isu Hudud ini kita kena simpan kuku dulu. Jangan tunjuk belang sekarang. Bila kita dah menang 70 kerusi baru kita sedap cakap pasal Hudud. Ini menang setakat bawah 30 kerusi – tapi menyeringai nak Hudud. Lek lu. 

Pada ana, Karpal cakap benda yang betul. Dia suruh kita tengok dulu Negara Berkebajikan. Bukan hudud. Kita dah setuju dalam muktamar nak angkat Negara Berkebajikan, kali ini nak konar lagi buat apa. Kan dah timbul masalah. 

Jangan harap lah kita nak menang pilihanraya tanpa bantuan geng cina dan singh dalam DAP. Ana cakap jujur sahaja. Malas nak selindung. Geng cina dan singh inilah yang banyak bantu kita. Kalau kita hina mereka kufur sekarang, kafir harbi dan sebagainya, mana tahaluf siyasi kita agaknya. Tak macho la politik macam gini. 

Ana desak, pimpinan Pusat ambil tindakan kepada ahli PAS yang sibuk cakap pasal Hudud ni. Ini mendahului parti. Mendahului Tok Guru. Fouled. 

Pada ana, jujur ana cakap, pilihanraya kena didahulukan. Bukan Hudud. 

Tapi mungkin orang lain ada pandangan lain. Pada ana, kita menang dulu. Geng Cina dan Singh dalam DAP ini kita boleh settle kemudian. 

*** Pandai Najib selesai isu royalti. Nak settle dah. Bahaya politik kita ni. Jangan kita anggap kita dah menang. Buatnya Najib buat sungguh-sungguh; mahu terbalik Kelantan kali ni. Ana kalau PAS tewas Kelantan – ana kecewa sungguh lah. Kecewea

***Pandai politik anak Tun Razak ni. Dia pula lagi cekap strategi daripada kita. Mana pergi pakar strategi kita ni. Tidur? Atau sibuk iktikaf di masjid sampai tinggal politik? 

– pada kawan-kawan yang sibuk hudud tu…sekali sekala tengoklah sukan olimpik. tengok Negara Islam yang hantar pemain pakai seluar pendek. Mana ada mereka cakap pasal Hudud???