Ana nak ucap tahniah kepada Waythamoorthy sebab sudah dapat semula balik ke Malaysia. Memang hebat peguam sorang ni. Hilang lima tahun duduk di London. Berapa ramai orang kita, ahli PAS, yang boleh lari dari ISA – dan rehat di perumahan mewah di London. Tak ramai. Kalau ada pun, 2-3 orang sahaja. Husam Musa. Kamaruddin Jaafar. Ini semua kelompok ahli kita yang kaya. Yang lain, jangankan London – nak duduk Tanjung Balai seminggu dua pun pening kepala.
PAS, pada ana, perlu ucap terima kasih kepada Waythamoorthy dan HINDRAF, kerana disebabkan merekalah kita dapat menang banyak kerusi pada tahun 2008. Kalau tidak. Jangan mimpi. Ke laut kita.
Sebab merekalah, kita dapat kembali dalam politik yang lebih mantap. Kalau tidak kerana Hindraf, entah ke mana kita. Kalau kita tinjau balik tuntutan HINDRAF:-
menuntut agar dihentikan pelanggaran perkara yang termaktub dalamPerlembagaan;
HINDRAF ini menentang UMNO. Oleh itu, dia kawan kita. Mudah sahaja. Itu sahaja sifir politiknya.
Soal tuntutan ni, pada analah, benda kecik. Kalau menang, kita bagilah 4-5 orang KSU orang India. Kita bagilah dua tiga GLC pada depa. Senang kira. Janji menang. Kalau ada KSU orang Melayu tapi tak tolong Melayu pun nak buat apa. Menghabiskan boreh jer.
Elok kita bagi pada India. Kita menang PUTRAJAYA. Depa pun happy
Ogos 4, 2012 at 6:07 pm
Hindraf tahu tuntutan ini akan cuba dipenuhi oleh org melayu yg memusuhi umno.. Andai umno ingin memenangi hati hindraf dah lama dah dipenuhi tuntutan tersebut. Peranan minoriti juga ada dlm sesebuah negara. Namun perkara yg telah dipersetujui dan termaktub dlm undang2 negara jgn buat2 tak tahu. Andai syurga untuk hindraf ada diluar sana pasti hindraf dah pindah dari malaysia ini
Ogos 4, 2012 at 6:22 pm
Assalamualaikum tuan.
Tuan mungkin suka dengan tuntutan2 mereka. Bagi saya pula ibarat kaduk naik junjung. Pendidikan sekolah Tamil dibenarkan di Malaysia. Tak cukup lagi nak mintak sama taraf dgn sekolah kebangsaan? Sudahlah gaji pun dibayar kerajaan. Negara lain pun tak bagi muka sebegini.
Andai tuntutan ini sebuah perjuangan jgn lari kenegara lain tinggalkan ahli bawahan.
Satu soalan.. Tuntutan dibuat untuk kaum india. Ketuanan Melayu hendak dihapuskan..Apakah layak bergelar pahlawan Malaysia..?