“Dia yang cabar saya suruh saya ceraikan dia dengan talak tiga,”ujar Yahya Ibrahim, 82 ketika ditemui di rumah anaknya di Kampung Kubang Badak, dekat sini pagi tadi.

Pada masa yang sama katanya,  bekas isterinya yang juga penyokong tegar Umno, Che Hasnah Che Ahmad, 61, bukan sahaja menolak perjuangan PAS, sebaliknya menghina Mursyidul Am yang juga Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Jelasnya, sepanjang 14 tahun perkahwinan keduanya dengan Che Hasnah selepas kematian isterinya, beliau tidak pernah berselisih faham dengan bekas isterinya.

Bagaimanapun, penghinaan terhadap Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, di samping menuduh mengundi PAS berdosa besar beliau tidak boleh bertolak ansur lagi, apa lagi bekas isterinya ‘mencabar’ supaya menceraikannya.

Harakahdaily mengambil pendekatan untuk mengetahui penjelasan sebenar berhubung perkara itu dari Yahya, memandangkan kes perceraian mereka telah tersiar dalam media arus perdana pro Umno termasuk media cetak.

Ana pelik la dengan Pak Ya. Ana kenal lama dengan Pak Ya ni. Lama. Sama macam Pak Ya, ana pun ada isteri *kedua orang gomen. Kerja gomen lagi. Pegawai imigresen. Dia sayang gomen. Ana sayang PAS. Atas katil – kami lupa semua. Takkan lah ilmu itu pun Pak Ya tak ada.

Ana cadangkan kawan-kawan, janganlah nak politik semua benda. Kena bawa bertenang. Nikah kahwin ini soal lain. Jangan kecamuk. Kalau kecamuk jadi macam Pak Ya inilah. Hancur.