Ana dapat banyak sms daripada kalangan rakan-rakan di bawah di PAS Perak; yang meminta ana nyatakan kepada kepimpinan – supaya tidak melampau lampau sangat menerima bekas kakitangan awam ke dalam parti kita. Bukannya apa. Kita kena hati-hati.

Kita takut kalau-kalau mereka ini bawa banyak isu rasuah bersama mereka. Masak kita nak pertahan. Jangan lah sangat-sangat nak ketengahkan mereka sampai orang kita sendiri diketepikan. Kalau individu-individu yang masuk ini semua bersih – kenapa mereka nampak macam takut-takut nak katakan mereka ahli PAS. Puas kena pujuk. Puas kena cerita. Puas kena ajak. Baru nak ikrar mereka sokong PAS.

Antara yang dikatakan bakal menjadi aset, takut-takut jadi liabiliti.

Namun, semalam Bekas Setiausaha Dewan Undangan Negeri Perak, Abdullah Antong Sabri yang dilanda kontroversi semasa insiden rampasan kuasa di Perak bersama-sama dengan PAS.

Beliau dilihat ketika program Hi-tea bersama Ikon Ahli Baru PAS yang dianjurkan oleh Lajnah Penerangan PAS Negeri, semalam.

Kehadirannya memeranjatkan hadirin terutama Adun-Adun PAS yang hadir ke program tersebut.

Mantan Menteri Besar, Datuk Seri Nizar Jamaluddin turut melahirkan rasa kegembiraan dengan kehadirannya.

Tetamu istimewa dalam program tersebut ialah Timbalan Presiden PAS, Haji Mohammad Sabu, Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Abdul Wahid Endut dan pimpinan PAS Negeri.

Hadir sama ialah bekas-bekas pegawai tinggi kerajaan  seperti Bekas Pengarah Pelajaran Negeri, Datuk Adnan Ibrahim, Bekas OCPD Slim River, Haji Abdullah Omar, Bekas pegawai tinggi TLDM Laksamana Pertama (B) Mohamad Imran Abd Hamid, bekas Ketua Jemaah Nazir Kementerian Pelajaran Malaysia, Tuan Haji Ahmad Zabidi Shamsuddin dan ramai lagi.

Abdullah Antong Sabri – sebagai misal, dikatakan banyak juga kes yang masih belum didedahkan. Banyak kepentingan perniagaan waktu menjawat jawatan. Payah juga kalau didedahkan.

Advertisements