Ramai kawan-kawan yang terlibat dengan Biro Penerangan di peringkat bawah bertanya tentang manifesto yang boleh kita sama-sama print, dan pakat edar di kawasan masing-masing. Tapi ada yang kata, belum dapat clearance daripada PKR. Sejak bila pula kita punya manifesto kena dapat clearance PKR ni? Ana pun jadi tak faham. Kita bukan tanding di tempat dia orang, kita ada kawasan sendiri. Apa salah kalau beza-beza manifesto.

Pada analah, kita kena fokus kepada isu-isu yang berat. Isu-isu setempat yang dapat menarik perhatian rakyat. Jangan dok sangat nak ikut bontot Anwar. Pada ana, bahaya. Kalau ikut rentak dia orang, ana takut kita akan terkena dengan jerat politik nanti.

Kalau ikut ingatan ana, kita tanding di 67 kawasan Parlimen dan menang 23. Oklah. Tidaklah cemerlang sangat. Tapi baik.

Kalau kita kira kawasan Parlimen majoriti Melayu, lebih 130 kawasan. Elok sangat kalau PAS dapat tanding di sekurang-kurangnya 80 kawasan. Sedang elok. Lagipun, imej PAS masih baik dan bersih. Tak macam PKR. PKR ini masih bermasalah.

Tapi kenapa PRU lepas PKR bertanding sampai 95 kerusi? Melampau pada ana.

Ana suka cadangakan kita keluarkan sahaja manifesto sendiri. Tak perlu tunggu Anwar dan PKR. Buang masa. Rakyat nak tahu apa PAS nak buat? Kalau kita masih lagi nak tunggu-tunggu, takut nanti makin lambat – kita sudah terpaksa ikut arahan orang lain. Kena masuk juga tentang Negara Islam dan pelaksanaannya. Kena bagi time line juga. Senang orang nak faham.

Ana doakan semua kawan-kawan terus setia berjuang kepada parti kita ini. Jangan khianat. Berdosa. Masuk neraka.