Ana turun ke Kota Bharu lagi mulai semalam. Banyak isu nakkan kerjasama blogger. Ana tumpang sahaja. Kita blogger tak bergaji pun. Buat sekadar termampu. Kalau ana ada lebih, ana buat apa yang boleh. Kalau tak ada, ana diam.

Ramai kawan-kawan di Kelantan yang minta ana ingatkan, supaya jentera kita tak senang lenang, seronok- seronok, lepak-lepak dan hoore-hoore; tapi tak tahu apa yang jadi di bawah. Jangan main-main. Macam-macam sudah diedarkan kepada penduduk di kawasan Parlimen tertentu di Kelantan. Nampaknya, mereka ini cukup fokus. Mereka hanya mengedarkan info dan maklumat kepada mereka yang dianggap ‘kelabu’. Yang totok PAS, mereka tak bagi.

Ana dapat satu contoh makalah kecil yang diedarkan oleh individu tertentu di Kubang Krian. Pak Cik ini dah macam ayah angkat ana. Setiap kali ke Kelantan, ana akan singgah rumah dia. Memang ana rasa macam rumah ana sendiri.

Pernah satu ketika, pak cik ini ‘pinang’ ana untuk anak dara dia. Ana kata, ana dah ada 2. Cukuplah. Dia kata, ana ada kepimpinan, sebab itu dia tak kisah nak bagi anak dia pun. Ana tolak dengan cara baik.

Menurut ayah angkat ana ini, ada makalah khas yang menunjukkan projek/janji kerajaan Kelantan yang tidak ditepati selama ini. Janji tinggal janji. Ana pun baca. Memang banyak pun. Kalau campur – bilion janji kita kepada rakyat.

Ana cuba tanya ayah angkat ana, kalau tak buat pun – orang tak marah kan???

Ayah angkat ana cakap mudah sahaja, ‘ikut suka lah. ahli kita pun ramai yang dah mula marah’, kata dia.

Pada ana, kita jangan ambil mudah benda macam ini. Nampak ringan. Tapi besar maknanya.