Pas hari ini secara terbuka mengakui parti itu tiada halangan sekiranya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka semula siasatan ke atas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung pemilikan 20 akaun induk bernilai RM3 bilion.

Sambil mengalu-alukan siasatan semula itu, Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub berkata bukan saja Anwar, malah parti itu sentiasa terbuka untuk melihat suruhanjaya itu menyiasat siapa sahaja termasuk Mursyidul AM Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

“Bukan saja Anwar, Nik Aziz, malah siapa pun jika perlu disiasat, siasatlah, itu kita tidak ada masalah.

“Kita tidak ada masalah untuk mana-mana pihak membuat siasatan atas
mana-mana tuduhan…itu pendirian rasmi kita,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen ketika ditanya mengenai pendirian Pas berhubung isu pemilikan RM3 bilion Anwar seperti didedahkan dalam akuan bersumpah bekas Penolong Gabenor Bank Negara Datuk Abdul Murad Khalid.

Menurut Ahli Parlimen Kubang Kerian itu, Anwar tentunya tidak mempunyai masalah untuk disiasat kerana ketua pembangkang itu sendiri telah menyatakan sedia untuk bekerjasama malah berani untuk tampil menjawab tuduhan itu ketika perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan 2012 di Dewan Rakyat Rabu lepas.

Ana nak ucap tahniah sebab Din berani tampil dengan garang begini. Tapi ana harap, Din juga bersedia menerima AMARAH Anwar andai kata Pak Sheikh rasa ini tindakan untuk memerangkapnya dalam isu skandal RM3b. Hati hati Din. Salah jalan, nanti kena. Anwar masih power dalam parti kita ni. Kalau Anwar bagi signal suruh tanam you nanti, habis berkecai cita-cita nak jadi MB Johor.

Pada ana, Din tak perlulah nak tampilkan konon PAS rela Anwar disiasat. Ini bukan game kita pun. Biar Pak Sheikh selesai isu peribadi dia. Kita jaga periuk nasi kita. Jangan heboh dengan hal yang tak melibatkan kita.

Masalah RM3b ini berlaku sewaktu Anwar TPM/Menteri Kewangan. Masa itu, Din kena ingat, Anwar letak PAS setaraf dengan selipar jepun sahaja. PAS bukannya parti Islam yang Anwar hormat. Orang macam Fadzil Noor (Almarhum), Hadi Awang, Nik Aziz – pernah Anwar gelar dengan perkataan ‘ulama’ terompah. Din jangan lupa tu. Sebab itu, ana rasa, mungkin apa yang berlaku pada Anwar hari ini adalah kesan dosa dia mengutuk kita dulu. Sakan dia mengutuk.

Advertisements